Maskara viral ini katanya bulu mata pacak ke langit!
Maskara sememangnya wajib untuk pencinta mekap. Tanpa maskara solekan mata boleh jadi tenggelam dan tidak naik seri. Malah dengan sapuan berus maskara boleh memberi rasa ‘hidup’ pada mata yang lesu. Jadi memang patutlah maskara sering menjadi perhatian pada penggemar produk solekan.
Untuk mencari maskara yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak aspek yang perlu dilihat, sebagai contoh, jenis dan saiz berus, keadaan formula serta aspek kalis air atau jangka hayat maskara. Kalau ada sahaja maskara yang dikatakan bagus pasti laris dan pengguna tidak akan cari yang lain.
Begitulah di media sosial, pantang sahaja ada maskara viral pasti ramai yang mahu mencuba. Bukan apa, tertanya-tanya betul ke maskara viral ini berhasil melentikkan bulu mata. Paling penting selesa untuk dipakai dan tidak comot. Itu kriteria yang penting yang dititikberatkan oleh si pemakai maskara.
DIVA tak nak cakap banyak, ini antara 3 maskara viral di TikTok dan telah menjadi pujaan hati ramai pengguna.
- Maybelline Lash Sensational Sky High Mascara [RM40.25]
Jenama Maybelline antara jenama yang paling banyak mengeluarkan koleksi maskara. Secara peribadi DIVA tidak berapa minat dengan maskara keluaran jenama ini. Kebanyakannya ia bergumpal, terlalu kering dan susah untuk dicuci. Namun, maskara Sky High ini viral kerana ia memberi efek bulu mata lebih tebal dan panjang. Jadi buat siapa yang mempunyai masalah bulu mata sedikit dan pendek, mungkin maskara viral ini untuk kamu. Lebih menarik lagi, ia mempunyai dua formula iaitu kalis air dan mudah cuci.
@eka0.9 My honest review: my top fav mascara for now! just see how it looks like after 11hours, lashes i masih stay curled walaupun ada jatuh sikit and tidak smudge dekat bawah mata!!! 😭😫❤️ #maybellineskyhighmascara #makeupmalaysia #viral
- JUDYDOLL Curling Iron Mascara [RM39.90]
Salah satunya maskara viral di TikTok yang unik! Ia menggunakan berus besi yang halus untuk menyaluti bulu mata dengan lebih baik. Formula gentian fiber yang lembut mampu memberikan hasil bulu mata lebih panjang, tidak bergumpal dan tahan lama. Ramai juga akui maskara viral JudyDoll ini membuatkan bulu mata tampak lentik seperti semulajadi. Dah banyak DIVA lihat yang memuji-muji maskara unik JudyDoll, apa yang best ia mempunyai dua warna iaitu hitam dan coklat.
@eka0.9 Replying to @KY @Judydoll_my
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
- Essence Lash Princess Flase Lash Effect Mascara [RM25.77]
Essence juga antara pengeluar produk komestik dengan harga yang berpatutan. Malah, jenama ini juga merupakan pengeluar paling banyak koleksi maskara dengan pelbagai formula. Walaupun maskara Lash Princess Lash Effect sudah lama dipasaran, ia tiba-tiba sahaja kembali viral di media sosial. Ini semua gara-gara harga yang paling murah dan menghasilkan gaya bulu mata lentik sangat cantik. Koleksi essence Lash Princess mempunyai empat pilihan berus dan formula. Namun Lash Princess Lash Effect menjadi pujaan pengguna TikTok kerana hasil bulu mata yang lentik, bersih dan kelihatan asli.
@roseandben Umm, I see what y’all are saying now 😍 @essence.cosmetics #makeupreview #viralmakeup
Kamu ada maskara kegemaran? Kongsikan dengan DIVA, mana tahu boleh jadi maskara viral.