Dekorasi rumah bukan sekadar susun atur barang dan pemilihan warna cat. Ia juga kait dengan kekemasan hiasan dalam ruang rumah tersebut. Jadi pemilihan barang dan kegunaannya amat penting supaya tidak tersia-sia. Terutamanya buat mereka yang menggemari hiasan rumah gaya minimalis. Segmen kali ini DIVA ingin berkongsi rak buku IKEA.
Ya, sudah tentu susun atur buku-buku kesayangan amat penting supaya tidak berselerak atau menganggu mata kamu sendiri. Mungkin sebelum ini ada yang beranggapan rak buku IKEA mahal dan tidak berpatutan. Silap! Mari DIVA bantu kamu dengan senaraikan 6 buah rak buku IKEA yang ringkas dan paling penting harga dari bawah RM100.
Sebelum terlupa, rak buku dibawah ini juga cocok untuk ruang bersaiz sederhana.
- LAIVA Bookcase, black-brown 62x165cm [RM99]
- BAGGEBO Bookcase, white 50x30x80cm [RM79]
- BAGGEBO Shelving unit, metal/white 60x25x166cm [RM79]
- LERBERG Shelf unit, white 60x148cm [RM89]
- LUSTIGT Wall shelf 37x37cm [RM29]
- JONAXEL Shelving unit, white 25x51x70cm [RM99]
Semoga perkongsian ini dapat memudahkan pembaca setia DIVA!