Khas untuk mereka yang tidak mahu keluarkan bajet yang besar!
Apabila tiba musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri, dekorasi atau ‘makeover’ rumah sudah menjadi satu aktiviti mandatori dan “To Do List” bagi kebanyakan kita.
Sudah menjadi satu aktiviti yang ‘wajib’ bagi setiap kali Hari Raya, kita akan cuba untuk ‘makeover’ ruangan rumah untuk pastikan tetamu berasa selesa dan gembira apabila hadir menziarahi kita di rumah.
Bagi Miss Murai, tak semestinya kamu perlu tukar semua perabot atau peralatan dalam rumah. Jika tiada bajet yang banyak atau mempunyai bajet sekitar RM100 pun kamu sudah boleh dekorasi rumah dengan menggunakan beberapa barangan IKEA seperti:
Hias Rupa Meja Makan Dengan Lebih Menarik
Ketika perayaan, meja akan menjadi ‘hot spot’ para tetamu. Cadangan Miss Murai di meja makan, kamu perlu pastikan ruangan ini nampak lebih teratur dan menarik. Apa yang kamu perlu:
- Foto – IKEA
- Alas meja seperti selendang meja GOKVALLA (RM29) atau alas pinggan NISSÖGA (RM9) dalam warna asas sahaja.
- Hiasan meja seperti bunga pula perlu diletakkan dalam bekas kaca seperti Serahi KARAFF (RM7) untuk elak bersepah di atas meja.
- Atau pun kamu boleh gantikan hiasan bunga dengan lilin di sepanjang meja. Pastikan lilin tersebut diletakkan dalam bekas pemegang lilin GRADVIS (RM20/3 unit) untuk elak lilin daripada memasuki makanan.
Ruang Tamu Lebih Ceria Dengan Beberapa Penambahan
Ruang tamu pula akan menjadi ruangan kedua yang terpenting dalam rumah ketika perayaan. Untuk ceriakan ruangan ini, kamu perlu membuat beberapa penambahan seperti:
- Foto – IKEA
- Menukar sarung kusyen yang lama kepada sarung kusyen GOKVALLA (RM15) atau sarung kusyen GURLI (RM15) dalam warna pilihan kamu untuk berikan rupa yang lebih segar pada sofa.
- Bahagian langsir pula boleh ditukarkan kepada langsir BYMOTT (RM40) untuk beri sentuhan yang ceria pada ruangan ini.
- Jika tetamu ramai, kamu boleh sediakan kusyen kerusi MALINDA (RM19) untuk mereka duduk di lantai atau kerusi dengan lebih selesa.
Cara Cipta Ruangan Tambahan Dalam Rumah
Jika ruangan rumah kamu agak sempit, Miss Murai cadangkan untuk kamu lakukan beberapa trik untuk mencipta ruangan tambahan dalam rumah seperti:
- Foto – IKEA
- Penggunaan bakul TJABBIG (RM29) dan kotak storan dapat membuat ruangan rumah nampak lebih kemas. Kamu boleh simpan dalam bilik atau almari untuk berikan ruang yang sempit jadi lebih luas.
- Kusyen lantai GOKVÄLLÅ (RM60) juga merupakan langkah yang bijak untuk cipta ruang tambahan jika ruangan dalam rumah kamu sempit.
- Kamu juga boleh cipta troli VESKEN (RM42) snek bergerak dengan mengisi balang VARDAGEN (RM20) dengan kuih raya dan minuman dalam botol KORKEN (RM7) supaya tetamu boleh capai dengan mudah.
Psst… Harga yang disenaraikan di atas adalah harga diskaun yang tersedia sehingga 21 April 2024.
Untuk maklumat lanjut, layari web ikea.my .