Merancang pakaian atau gaya apa yang sesuai untuk Hari Krismas boleh menjadi sedikit rumit untuk kebanyakan kita. Mana taknya, waktu inilah kita nak all out dan nampak berbeza daripada orang ramai.
Sama ada kamu mencari pakaian untuk pesta Hari Krismas atau jamuan makan bersama keluarga dan rakan, DIVA sedia membantu kamu!
Untuk pakaian yang lebih glamor serta berkilauan meriah seperti Hari Krismas, DIVA syorkan kamu gayakan beberapa siluet moden dan lebih menarik daripada Kapsul Percutian SANDRO “Night Fever” 2023.
Kapsul Percutian “Night Fever” 2023
Di sebalik butiran berkilauan dengan reka bentuk yang glamor, SANDRO menampilkan Kapsul Percutian “Night Fever” 2023 yang sangat moden. Potongan yang rapat, siluet tanpa belakang dan sisipan berkilauan dengan renda serta hiasan berbentuk hati memberikan sentuhan gaya yang sangat romantis!
- Foto – Sandro
Variasi warna dari kuning terang, hijau hingga ke ungu, memberikan lagi sentuhan futuristik pada gaya si pemakai.
- Foto – Sandro
Manakala untuk gaya yang lebih sensasi dan glamor, DIVA sarankan kamu memilih kepingan yang disulami labuci emas untuk mencuri tumpuan.
- Foto – Sandro
Menariknya setiap kepingan ini, ianya diperbuat daripada rayon berimpak rendah, reka bentuknya pula merangkumi gabungan gaya dan perlindungan alam sekitar.
- Foto – Sandro
Bukan itu saja, untuk gaya yang lebih estetik dan unik, kamu disarankan untuk kenakan kepingan yang menampilkan warna yang lebih gelap atau sangat terang untuk membolehkan kamu lebih menyerlah dalam khalayak ramai.
- Foto – Sandro
- Foto – Sandro
Psstt… Daripada gaun, baju, selendang, beg, jaket, but, jumper hingga sweater, setiap kepingan ini menanti kamu yang bersedia untuk upgrade gaya kepada yang lebih glamor semasa Krismas ini! [BELI SINI]