Tinggal sehari sahaja lagi, kamu akan melihat di media sosial betapa ramainya individu yang akan tampil romatis dengan pasangan mereka. Dan apa yang membuatkan DIVA lebih teruja, sudah semestinya pakaian ‘matchy-matchy’ yang dikenakan oleh mereka.
Bagi DIVA, pakaian sepadan semasa Hari Kekasih adalah sangat romantis dan comel! Ia bukannya sahaja menunjukkan betapa kuatnya kasih sayang antara pasangan, tetapi inilah masanya untuk kamu membuat kenyataan fesyen yang berani dengan si dia.
Dan khasnya untuk Hari Kekasih yang akan tiba tak lama lagi, DIVA syorkan untuk setiap pasangan dapatkan beberapa kepingan fesyen untuk ‘matchy-matchy’ dengan si dia daripada Koleksi Kekasih maje dan SANDRO!
maje: Istimewa Untuk Gadis Comel Dengan Kapsul Rona Pink!
Sempena Hari Kekasih, jenama maje melancarkan koleksi kapsul Hari Kekasih yang menyatakan frasa “Saya Sayang Awak” menerusi cetakan bentuk hati, daripada pakaian hingga ke aksesori.
- Foto – maje
Dalam koleksi ini, apa yang menarik perhatian DIVA adalah beg LOVE mereka. Beg ini dihasilkan daripada smooth silver leather yang diperincikan dengan klac tangan dan dipadankan dengan anting-anting yang menggunakan golden brass kitar semula.
- Foto – maje
Manakala set pakaiannya pula sesuai untuk gadis comel yang mahu tampil lebih manis dan feminin di Hari Kekasih. Antara kepingan yang boleh kamu dapati adalah set denim yang mempunyai rhinestones yang berkilauan, jaket tweed hingga ke gaun ikonik.
- Foto – maje
- Foto – maje
Psstt… Setiap kepingan fesyen daripada kapsul ini sangat sesuai untuk digayakan dalam apa jua acara, sama ada ketika makan malam romantis, atau lunch date.
*Scroll koleksi penuh di [SINI].
SANDRO: Palet Biru Lembut Wujudkan Suasana Romantik Antara Pasangan
Untuk pasangan yang mahu tampil ‘matchy-matchy’ dalam gaya mereka, SANDRO memperkenalkan kapsul koleksi Hari Kekasih yang menggabungkan rhinestones, manik dan cetakan bunga untuk mencipta kenyataan ketika date night!
Bagi DIVA, antara kepingan yang patut dicuba adalah jaket, gaun dan skirt dalam material tweed, yang merupakan signature SANDRO untuk mencipta semula tekstur denim.
Bagi lelaki, DIVA cadangkan untuk kamu menggayakan kepingan cetakan bunga yang dicipta dengan kesan kabur, hasil inspirasi cat air untuk dedahkan pelbagai motif artistik dan romantik.
- Foto – SANDRO
Manakala untuk wanita pula, DIVA syorkan kamu gayakan seluar jeans dan jaket dalam rona biru-putih untuk melengkapkan penampilan yang bergaya serta padan dengan sempurna!
- Foto – SANDRO
*Scroll koleksi penuh [WANITA / LELAKI].
Jangan lupa untuk kongsikan dengan DIVA apa pakaian ‘matchy-matchy’ yang kamu berdua kenakan ketika Hari Kekasih nanti ye. Happy shopping!