Mungkin ramai tidak tahu, Louis Vuitton juga mengeluarkan pelbagai aksesori dan perhiasan dalaman rumah. Terutamanya koleksi pinggan mangkuk serta kelengkapan dapur. Ia sudah tentu mengambil inspirasi dari seni lukisan agung dan ilham dunia eksklusif Louis Vuitton sendiri.
Ketika DIVA melayari bahagian Art of Dining Collection, tidak menjangka bakal menemui tiga produk unik dari Louis Vuitton. Ia lebih kepada fun, cool dan pada yang sama elegan. Apa yang menghairankan DIVA produk ini tidak disebut-sebut atau sekalipun tular seperti barangan fesyen yang lain.
Dihimpunkan dalam satu koleksi Flower, corak bunga-bungaan seperti lukisan warna air pastel yang memberi aura vintaj. Tidak dilupakan monogram LV yang gah terletak menghiasi belakang corak tersebut.
- LV Flower Burger Box
Kotak burger LV Flower yang ceria ini bukanlah untuk diisi burger. Tetapi ia satu cara seronok untuk menghias meja makan. Kotak ini merupakan ruang simpan alas coaster yang diilhamkan dari resepi burger. Ia mempunyai 6 coaster berbeza warna mengikut idea dari salad (hijau), tomato (merah) dan lain-lain.
- LV Flower Popcorn Basket
Jangan letak popcorn! Ia merupakan satu produk dekorasi rumah semata-mata. Mungkin ada boleh letak hiasan bunga atau dedaunan. Pun begitu, DIVA rasa tidak salah untuk bergaya sambil menontoh filem. Cuma kamu perlu alas dengan plastik supaya lekitan karamel bertih jagung tidak melekat pada fabrik kotak ini.
- LV Flower Cup
Bukan cup plastik atau kaca. Ini ialah LV Flower Cup yang diperbuat dari porselin dengan signature khas LV Circle. Menariknya itu koleksi ini, ia didatangi bersama canvas pemegang cup dari kulit berkualiti dan bermotifkan Flower.
Dari pemerhatian DIVA, koleksi ini tidak terdapat di mana-mana cawangan butik Louis Vuitton Malaysia. Barangkali ia perlu melalui proses tempahan dari butik Louis Vuitton terpilih.