Kita sudah biasa dengan gimik fesyen yang sentiasa menghiburkan. Namun, kini gimik yang dijadikan bahan lucu menjadi kenyataan. Bulan lalu sahaja Balenciaga mengeluarkan tuala berzip sebagai fashion statement. Ia membuatkan ramai peminat fesyen mewah atau tidak memberi reaksi yang negatif. Apatah lagi gaya fesyen tersebut membuat apa-apa perubahan dalam industri.
Louis Vuitton juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan kategori fesyen ‘“luar biasa”. Tular di media sosial kasut but ilusi dari air tangan rumah fesyen mewah LV. Ia sepasang kasut but paras buku lali yang direka seperti kaki dan kasut tumit tinggi hitam. Ia lengkap dengan lakaran stokin dan kemas berzip seperti kasut zip biasa.
Illusion Ankle Boot ini tidak tersedia dijual di butik. Kamu perlu buat tempahan dahulu dibutik atau melalui kaunter khidmat pelanggan Louis Vuitton. Ia akan disiapkan sekurang-kurang 4 hingga ke 11 minggu dari tarikh tempahan.
Sekali pandang kasut but ini memang comel! Namun ia bukanlah fesyen yang ideal untuk dipakai sehari-hari. Mungkin ia boleh digayakan ke parti atau majlis kasual. Pun begitu, jika kamu memang seorang yang fun, cool dan berani. Louis Vuitton Illusion Ankle Boot memang untuk kamu.
- Louis Vuitton Illusion Ankle Boot [RM12,100]
Apa pendapat kamu?