Nampaknya Gucci sekali lagi membuat spin-off tema berbulu pada koleksi kasut mereka. Kali ini ia diberi pada kasut ikonik horsebit yang menjadi statement khas jenama asal Itali ini. Sandal bertumit rendah ini menjadi perhatian di acara peragaan koleksi musim bunga.
Ia memberi pandangan tapak kasut yang lembut, selesa dan sudah tentu mencipta kesan ekstravaganza! Kasut horsebit sentuhan Gucci bersaiz petite dengan ketinggian tumit hanya 2.16 inci. Ia lengkap dengan logo double G dibelakang dan kekunci metalik hadapan.
Rekaan dan istimewa dengan gebu berbulu horsebit Gucci mengembalikan siluet fesyen sekitar era 90-an. Walaupun fluffy horsebit ini hanya terdapat pada pilihan warna hitam dan putih. DIVA berpuas hati kerana ia mampu dipadankan dengan apa jua rona match outfit kamu.
Siapa yang ingin kelihatan dramatik boleh memilik horsebit fluffy warna hitam kerana ia dengan kemasan fabrik glossy (berkilat). Manakala untuk kamu yang mahu kekal tampil anggun, rona kulit pusam putih horsebit bersama bulu hitam menjerit “fashionista”.
Apa pendapat kamu tentang kasut berbulu horsebit Gucci ini? Cantik atau buat kamu turn-off…kongsikan!