Terus meraikan sambutan ulang tahun ke-150 jeans Levi’s® 501®, duta global jenama Levi’s® iaitu NewJeans telah melancarkan koleksi kerjasama yang sangat menarik untuk gadis yang cool dan funky!
Kerjasama yang lebih daripada sekadar fesyen ini, memberi peluang kepada semua peminat NewJeans dan Levi’s® untuk terus ‘bereksperimen’ dengan gaya yang unik sambil memadankannya bersama jeans 501® yang ikonik.
Reka & Cipta Gaya Sendiri Dengan Koleksi NewJeans
Bekerjasama dengan Haus Tailors dan rakan kongsi artis Levi’s® yang lain, koleksi ini menampilkan padanan 501® yang klasik sebagai kanvas untuk mereka berekspresi dan bereksperimen.
Bagi kamu yang tertarik dengan koleksi Levis® x NewJeans ini, kunjungi Kedai Jahitan Levi’s® (Levi’s™ Tailor Shop) untuk menambah reka bentuk jeans 501® kamu.
Pilih sama ada nak lakukan sulaman, tampalan, lipatan atau tambah hiasan sendiri, sama ada pada rangkaian 501® Shorts, 501® ’81 Jeans, 501® Cropped Jeans, jeans 501®’90s atau jeans Original 501®.
Menerusi filem kempenini, NewJeans telah memilih sendiri helaian 501® dan padankan dengan gaya kegemaran mereka. Untuk penampilan ‘cuaca musim panas’, ahli NewJeans telah menggayakan
- Minji: Graphic Tee Floral Peace Sign [RM129]
- Hanni: 501® Original Short Earthquake[RM199]
- Hyein: Baggy Cargo Olive Night [RM259]
- Haerin: Baggy Dad Mowed Over [RM339]
- Danielle: Graphic Cindy Long-Sleeve Top [RM129]
Padanan 501® ini boleh didapai menerusi web Levis®, aplikasi dan butik. Untuk mereka bentuk jeans 501® seperti NewJeans, kunjungi Kedai Jahitan Levi’s® (Levi’s™ Tailor Shop) terpilih iaitu Levi’s® Suria KLCC, Levi’s® Pavilion Bukit Jalil, Levi’s® The Gardens Mall dan Levi’s® East Coast Mall.