Percayalah, Levi’s® X Crocs adalah sebuah kolaborasi yang kita semua perlukan selama ini!
Baru-baru ini jenama kasut Crocs telah mengejutkan peminatnya dengan koleksi clogs yang menampilkan tali coklat berbulu hasil inspirasi oleh Shrek. Dan kini, Crocs tampil pula dengan kolaborasi terbaru yang lebih fun.
Crocs bekerjasama dengan jenama pakaian denim popular, Levi’s® mengeluarkan koleksi yang sangat unik bersempena meraikan ulang tahun seluar jean 501®.
Menerusi kolaborasi antara dua jenama hebat ini, Levi’s® X Crocs memperkenalkan tiga stail clogs yang diperbuat daripada denim. Yang menariknya, clogs ini diperincikan dengan teknik sulaman tradisional dan pencelupan Jepun.
Psst… Scroll sampai habis untuk lihat koleksi Levi’s® X Crocs yang fun dan unik di bawah;
Perincian Teknik Sulaman Tradisional Jepun Di 2 All-Terrain Clogs
- Foto – Levi’s® X Crocs
Untuk stail yang pertama, All-Terrain Clog dikemaskinikan dengan panel berbalut denim dalam rona navy gelap. All-Terrain Clog ini diperincikan dengan teknik sulaman tradisional Jepun iaitu jahitan Sashiko. Sama seperti setiap pasang seluar jeans Levi’s®, Red Tab ikonik boleh ditemui di bahagian kanan kasut yang disertakan dengan butang Levi’s® pada tali tumit kasut.
- Foto – Levi’s® X Crocs
Manakala untuk stail kedua, ianya sesuai untuk kamu yang sukakan rupa denim yang cerah untuk disesuaikan dengan padanan bertema pastel. All-Terrain Clog yang hadir dalam rona Bone turut mengenakan teknik jahitan Sashiko.
- Foto – Levi’s® X Crocs
Setiap pasang All-Terrain Clog dilengkapi dengan 3 hiasan Jibbitz™ logam inspirasi Jepun yang dibuat khas.
Classic Clog Tie-Dye Inspirasi Teknik Pencelupan Jepun
Stail yang terakhir pula menampilkan Classic Clog yang menonjolkan cetakan tie-dye yang diilhamkan daripada teknik pencelupan Jepun, Shibori. Apa yang membuatkan stail ini lebih istimewa adalah ia mempunyai perkakasan engsel butang Levi’s®, tapak luar berwarna merah dan cetakan tumit Two Horse-Pull pada bahagian tapak kaki.
- Foto – Levi’s® X Crocs
Menariknya untuk stail ini, ia didatangkan dengan 8 hiasan eksklusif Levi’s® Jibbitz™ yang diinspirasikan oleh budaya penentangan era 60-an serta grafik arkib Levi’s®.
Levi’s® X Crocs dijual pada harga antara RM499 hingga ke RM629 di web [Levi’s®] dan beberapa butik terpilih. Koleksi ini juga tersedia di web [Crocs] dan rakan dagangan seluruh dunia bermula 21 September 2023.