DIVA masih lagi teringat-ingat akan rambut bob milik penyanyi Daiyan Trisha. Memang sesuai dengannya!
Selain rupa paras yang menawan, DIVA paling suka dengan vibe dan estetik gaya milik Daiyan. Bukan apa, penyanyi ini sememangnya tahu apa yang sesuai dan terbaik untuknya ketika berfesyen.
Yang terbaru adalah gaya rambutnya. Daiyan yang memuat naik gambar di Instagram, mempamerkan potongan rambut bob yang menyerlahkan lagi kecomelannya.
- Foto – @daiyantrisha (IG)
Rambut bob tersebut nampak terletak elok di wajah Daiyan yang berbentuk bujur. Kepanjangan rambut tersebut di paras bawah telinga membuatkan penampilan Daiyan nampak seperti gadis remaja. Sangat cute!
- Foto – @daiyantrisha (IG)
Untuk pengetahuan kamu, rambut bob sesuai untuk semua jenis bentuk wajah. Bagi bentuk wajah:
- Bujur: Potongan bob klasik adalah yang sesuai.
- Segi empat sama: Rambut bob yang pendek adalah yang terbaik.
- Bulat: Pastikan potongan rambut bob adalah panjang, sekitar paras bahu.
Selain gaya rambut bob klasik seperti Daiyan, kamu juga boleh pertimbangkan beberapa gaya berikut sekiranya mahu memiliki rambut bob:
Emo Bob
Pixie Bob
French Bob
Cropped Bob
Rounded Bob
Chopped Bob
Sideswept Bob
Rounded Curly Bob
Jangan lupa untuk dapatkan tips penjagaan harian rambut bob kamu daripada stylist. Selamat mencuba!