Di kalangan pembaca DIVA, ada tak peminat makanan Jepun? Tak kiralah sama ada sushi, sashimi, tempura hingga ke hidangan moden atau tradisional Jepun, DIVA ada berita menarik untuk kamu!
Sehingga akhir bulan Ogos (31//8/2023) ini, Pullman KLCC Hotel & Residence menawarkan bufet bertemakan Jepun yang disediakan oleh chef dari Jepun; Chef Hiroshi Masuda.
Bufet Jepun yang bertempat di Restoran Sedap, Pullman KLCC ini menawarkan hidangan tradisional dan moden Jepun. Menerusi hidangan ini, tetamu dapat menikmati hidangan utama hingga ke pencuci mulut serta makanan laut premium.
Nikmati Bufet Jepun Selama Sebulan!
Semasa bufet ini dijalankan, tetamu dapat melihat sendiri bakat dan kemahiran Chef Hiroshi Masuda dalam menghiris sashimi, membuat sushi, menyediakan ikan kod hitam panggang dan tempura di stesen langsung.
- Foto – Pullman KLCC
Sekadar info, Chef Hiroshi Masuda mempunyai pengalaman dan pendedahan yang luas dari Thailand, Hong Kong, China, Dubai, Rusia, Jerman dan Jepun. Bukan itu saja, beliau juga salah seorang peserta dalam Pertandangan Iron Chef Thailand.
Selain daripada sashimi segar, nigiri dan sushi, tetamu juga boleh nikmati hidangan tradisional Jepun yang diperbuat daripada bahan-bahan terbaik seperti lamb chop panggang yang dipadankan bersama wasabi miso, daging katsu Jepun schnitzel, ayam direneh, sayur Chikuzen dan banyak lagi.
- Foto – Arkib DIVA
DIVA paling suka hidangan:
- Lamb chop panggang bersama wasabi miso. Rasanya yang sangat segar dengan elemen kepedasan wasabi membuatkan hidangan ini adalah yang terbaik
- Kaunter Crustaceans yang menawarkan makanan laut seperti tiram, udang, kupang dan scallop yang segar dengan pencicah yang pelbagai.
- Pilihan pencuci mulut yang sedap seperti rare cheese cake, kek matcha hingga ke mochi.
- Foto – Arkib DIVA
- Foto – Arkib DIVA
Untuk menghilangkan dahaga pula, tetamu akan dihidangkan beberapa pilihan air daripada hidangan bufet seperti teh hijau Jepun, teh hijau panggang Jepun, genmaicha Jepun dan teh barli Jepun.
Cara Tempahan Bufet Jepun Pullman KLCC
Sekiranya kamu berminat untuk menikmati bufet Jepun di Pullman KLCC, DIVA syorkan supaya kamu buat tempatah awal. Bufet Jepun ini berharga RM238 (dewasa) dan RM119 (kanak-kanak 6-12 tahun); harga termasuk 6% cukai perkhidmatan.
- Foto – Pullman KLCC
Tempahan boleh dibuat di WhatsApp (+60162903864 / +60123035958) atau e-mel (restaurants@pullman-klcc.com). Nikmati diskaun 20% apabila membuat tempahan; kod diskaun: HIRO-DIVA20.
Sempena promosi Buffet Jepun, Pullman KLCC bekerjasama dengan GYOMU Super (Malaysia) menampilkan kedai pop-up di lobi hotel yang menawarkan produk makanan asli yang diimport dari pengilang 45 buah negara.
- Foto – Pullman KLCC
Kunjungi kedai pop-up Jepun di lobi hotel Pullman KLCC pada 6/8/2023 dan 13/8/2023 pada 10 pagi hingga 6 petang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.pullman-kualalumpur-citycentre.com atau Facebook (@PullmanKualaLumpurCityCentre).