Selamat Hari Jadi yang ke-12 Tokyo Street!
Budaya kawaii yang terbaik kini kembali di Tokyo Street, Pavilion Kuala Lumpur (Pavilion KL) dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk peminat budaya Jepun.
Menggabungkan seni Jepun, makan, membeli-belah hingga ke anime dan cosplay, acara ini menjadi lebih bermakna apabila bertepatan dengan sambutan ulang tahun Tokyo Street yang ke-12!
Sambutan “Harajuku Kawaii” Yang Sangat Meriah
Menariknya untuk sambutan kali ini, pengunjung dapat melihat budaya kawaii yang terbaik, prop Instagrammable, hiasan yang menakjubkan, kedai pop-up dan pelbagai aktiviti yang menarik.
- Foto – Pavilion KL
Pavilion KL juga telah bekerjasama dengan AniManGaki iaitu konvensyen animasi komik dan permainan terbesar di Malaysia untuk tahun kedua. Menerusi kerjasama ini, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai acara menarik termasuk pertandingan yang dinanti-nantikan iaitu runway show dan display terbaik.
- Foto – Pavilion KL
Menambah lagi keterujaan, Tokyo Street membawa sensasi cosplay antarabangsa iaitu KNITE yang berasal dari Sydney. Pada 29 Jun 2023 baru-baru ini, peminat cosplay dapat berjumpa dengan KNITE menerusi acara meet-and-greet.
Aktiviti Menarik Di Tokyo Street
Selain daripada meet-and-greet bersama KNITE, bermain permainan hingga kunjungi kedai pop-up, pengunjung juga disajikan dengan beberapa aktiviti menarik di Tokyo Street seperti:
- Foto – Pavilion KL
- 29 Julai 2023: Pertandingan cosplay, pertandingan awal AniManGaki Idol, runway show dan pameran fesyen Lolita
- 30 Julai 2023: Persembahan dram Jepun (5 petang
- 6 Ogos 2023: Persembahan tarian J-Pop oleh SN19 (3-5 petang)
- 12 Ogos 2023: Persembahan cover dance oleh Kingsman Dance Crew (7:30 malam)
Pengunjung juga boleh menyewa kimono atau yukata di Kuma Yukata dan mengambil gambar di kawasan Nakamise iaitu deretan kedai yang dihiasi dengan kemasan kayu yang diinspirasikan oleh Jalan Nakamise-dori, Jepun.
DIVA syorkan kamu tangkap gambar di tanglung asakusa ikonik yang diilhamkan oleh Tanglung Kaminarimon (pintu petir) Kuil Senso-ji, Jepun.
Untuk maklumat lanjut, layari www.pavilion-kl.com.