Rasanya ramai yang teruja apabila mengetahui yang Cotton On kini telah bekerjasama dengan Barbie™ mengeluarkan kapsul yang mengikuti trend barbiecore, unik dan sangat girly!
Menerusi kapsul ini, kamu boleh menemui pelbagai rangkaian yang baru pada kedua-dua jenama Cotton On Women dan Rubi, yang mengandungi 20 helai pakaian yang unik.
Menampilkan rona pastel dan pink bubblegum, kapsul ini menampilkan logo “Barbie™” yang terpampang pada rangkaian baju tee, hoodies. jaket, tanks hingga ke topi. Bukan itu saja, nantikan barang kemas yang comel serta penggilat kuku yang akan lengkapkan trend Barbiecore kamu!
Psst… Barbie™ X Cotton On turut memperkenalkan barisan pakaian untuk kanak-kanak juga tau!
Pakaian yang menampilkan grafik Barbie™ tersedia dalam pilihan saiz 4 sehingga 24 secara dalam talian atau di kedai terpilih. Dapatkan barangan daripada kapsul [Barbie™ X Cotton On] sekarang!