Untuk tahun 2023, exposed bras adalah salah satu trend yang ramai orang ikuti terutamanya golongan selebriti. Tak kiralah sama ada berjalan di karpet merah; berjumpa dengan rakan atau bersantai, trend ini telah membuatkan si pemakai nampak lebih chic; seksi dan elegan!
Dalam entri kali ini, Miss Murai nak kongsikan dengan kamu beberapa selebriti yang berani gayakan trend ‘exposed bras’ ini di khalayak ramai.
Bermula daripada…
Seperti dewi Greek, Rosie Huntington-Whiteley posing di karpet merah Festival Film Cannes 2023 dalam balutan gaun Fendi yang mempunyai perincian yang runched dan diikat di pinggang dengan cangkuk metallic. Look Rosie ini turut dipadankan dengan sparkly bra yang memukau.
- Foto – Pinterest
Zoë Kravitz mencuri perhatian dengan memperlihatkan sebagian bra miliknya yang sparkly ketika menghadiri pembukaan semula butik Tiffany & Co. di New York.
- Foto – Pinterest
Semasa tayangan perdana filemnya di UK “What’s Love got to do with it?”, Lily James menggayakan gaun hijau neon tipis Miu Miu yang mendedahkan bra putihnya yang bertali.
- Foto – Pinterest
Manakala Charlie Theron pula; mempamerkan bralette hitamnya yang sepadan dengan ensembel hitam Dior Haute Couture di tayangan perdana “Fast X” di Rom.
- Foto – Pinterest
Manis dalam gaun custom-made Prada, Scarlett Johnson memadankan gaunnya itu dengan bra putihnya ketika di Festival Filem Cannes 2023.
- Foto – Pinterest
Memilih Miu Miu, Sydney Sweeney tampil dengan silky powder-blue dress yang klasik yang menampakkan bra dalam rona yang sedikit gelap. Dia memadankan ensembel tersebut dengan kasut platform putih dan gaya rambut loose half-up.
- Foto – Pinterest
Trend ini buatkan mereka nampak sangat seksi, menggoda dan ‘hot’ kan?