Musim perayaan akhir tahun menjelma lagi. Dah cari ke hadiah untuk orang tersayang? Atau self-reward diri sendiri selepas penat bekerja. Apa kata hadiahkan sepasang selipar atau sandal, bukan jenis yang biasa tapi disuntik dengan kilauan supaya penampilan nampak lagi cantik menarik. Dan Havaianas ada banyak seleksi yang bikin kamu rambang mata.
Sempena Hari Natal, Havaianas menawarkan hadiah terbaik yang akan memberi senyuman kepada orang tersayang dengan Koleksi Krismas Sparkling. Tiga tahun lalu, Kolesi Sparkle menyertai keluarga Havaianas dan segera menjadi produk terlaris.
Kini, Havaianas dengan bangga memperkenalkan ahli baru keluarga Sparkle, antaranya Slim Sparkle II, Slim Glitter II, Slim Glitter Flourish dan Luna Premium II.
Slim Sparkle II
- Foto – Havaianas
Koleksi ini mempunyai tali garis langsing yang halus dan tapak sempit untuk semua moden Slim. Kini datang dalam empat bergaya dengan kilauan yang menarik perhatian pada tali dan di sepanjang tapak luar.
Slim Glitter II
- Foto – Havaianas
Koleksi yang menakjubkan ini dihiasi dengan kilauan baru sepanjang garis tali. Rekaan ini masih mengekalkan signature Havaianas – tapak getah yang selesa dan tidak licin.
Slim Glitter Flourish
- Foto – Havaianas
Gabungan warna dan tekstur yang menakjubkan menjadikan ia koleksi yang benar-benar unik. Tali lut bersinar dengan kilauan Havaianas yang menawan, dan seperti biasa pemakai boleh bergantung pada keselesaan Havaianas.
Luna Premium II
- Foto – Havaianas
Luna Premium II adalah model tali yang akan menceriakan lagi langkah kamu. Tali yang dilitupi kilauan bergemerlapan akan menambah gaya pada penampilan.
Dicipta pada tahun 1962, Havaianas telah membawa semangat Brazil ke seluruh dunia melalui tapak getah legenda dan reka bentuk terang. Havaianas mewakili keselesaan, kebahagiaan dan kebebasan dalam bentuk yang paling mudah dan spontan untuk semua kaki pemiliknya.