YSL Beauty Zone yang diilhamkan oleh kempen #PushTheBoundaries adalah satu acara yang mencipta perjalanan kecantikan interaktif untuk pengunjungnya. Sama ada mengetik dalam talian atau secara fizikal, pengunjung boleh nikmati detik ikonik yang berharga dengan YSL.
YSL Beauty Zone merangkumi DNA jenama yang tidak konvensional dan berani menolak sempadan melalui penerokaan serta permainan.
Bertempat di The Godown KL, YSL Beauty Zone telah dibuka selama tiga hari (11-13/11/2022), membawa setiap pengunjung melalui pengalaman kecantikan menerusi zon berbeza yang direka khas!
- Foto – YSL Beauty
Sepanjang YSL Beauty Zone, acara tersebut turut dimeriahkan oleh beberapa selebriti dan influencers seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari; Juwei Toh, Jane Chuck dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, pengunjung juga dikejutkan dengan persembahan oleh Yung Raja, Midnight Fusic dan DJ Jovynn.
- Foto – YSL Beauty
Selain daripada stesen solek dan peluang bergambar di photo booth yang unik, YSL Beauty Zone turut tawarkan;
- Zon ‘Dare To Play‘ iaitu siri permainan arked yang menampilkan produk ikonik bermula daripada kategori kecantikan, wangian dan penjagaan kulit. Selepas selesai bermain setiap permainan, pegunjung boleh menebus Discovery Kit secara percuma.
- Foto – YSL Beauty
- Zon ‘Dare To Discover‘ pula membawa pengunjung untuk memilih dan membeli produk ikonik YSL seperti gincu atau wangian. Kemudian setiap produk yang dibeli, pengunjung boleh peribadikannya dengan ukiran pilihan.
Menarik dan sangat cool kan? Untuk info terkini mengenai YSL Beauty, kamu boleh pergi ke [SINI].