Sheer dress jadi kegilaan selebriti tahun lalu…
Sebenarnya fesyen dress see through atau sheer dress bukan gaya baru. Ia telah diperkenalkan oleh pereka fesyen dan buktinya ada di pameran “Sheer: The Diaphanous Creations of Saint Laurent”. Pameran eksklusif ini menyediakan pelbagai karya Yves Saint Laurent dengan kepakarannya mengendali fabrik jarang.
Saint Laurent buat debut pertama koleksi sheer dress pada tahun 1966 sempena koleksi couture musim luruh. Selepas itu, beliau kembali dengan pelbagai gaya tambahan untuk sheer dress. Menariknya tentang idea ini, Saint Laurent percaya wanita sepatutnya berani dengan bentuk tubuh mereka.
Gaun malam digayakan Tatiana Nikiforova, spring 1996 couture collection.
Gaun malam digayakan Noémie Lenoir, spring 2000 couture collection.
Pameran ini khas di muzium Paris dijangka dibuka sehingga 25 Ogos 2024. Jadi, jika ada pembaca DIVA akan ke Paris bolehlah menikmati pelbagai rekaan agung Yves Saint Laurent.