Diilhamkan oleh detik istimewa dalam hidup, koleksi Moments daripada Wanderlust+Co dilancarkan untuk beri peringatan pada setiap pelanggannya. Supaya mereka dapat meluangkan masa untuk meraikan insan tersayang.
Menggunakan signature 925 sterling silver dan gold vermeil, koleksi ini menampilkan loket yang boleh diukir seperti Calender 14K Gold Vermeil Pendant. Ukir tarikh atau buruj dengan pilihan kalendar kamu.
Dan buat pertama kalinya, Wanderlust+Co turut melancarkan kapsul mini-me yang menampilkan item terlarisnya iaitu Sunseeker Necklace dan Heart Locket Necklace. Psst… Item ini direka teliti untuk kulit sensitif dan sesuai untuk si manja!
Koleksi Moments
- Foto – Wanderlust + Co
- With My Heart Gold Necklace – Rantai berpintal dan loket berbentuk hati yang mempunyai batu permata di atasnya.
- Our Planet Gold Necklace – Loket glob dikelilingi kristal zirkonia boleh dilaras mengikut kepanjangan yang kamu suka.
- Falling Star Heirloom Gold Locket Necklace – Loket yang mempunyai bingkai tersembunyi dalamnya hanya boleh didedahkan bila kamu laraskan rantai dan bekas loket.
- Foto – Wanderlust + Co
- Moments Notebook Gold Necklace – Loket buku nota cakerawala direka dengan frasa ‘fall in love with moments‘.
- Calendar 14K Gold Vermeil Pendant – Custom tarikh, bulan atau buruj kamu di loket ini.
- A Letter To 14K Gold Vermeil Necklace – Diilhamkan oleh sampul surat, loket ini menampilkan cakerawala ikonik jenama ini.
- Foto – Wanderlust + Co
- Classic Baguette 14K Gold Vermeil Ring – Cincin separuh klasik yang dilengkapi dengan permata yang unik.
- Pave Link Chain 14K Gold Vermeil Tennis Bracelet – Separuh rantai pautan dan separuh rantai gelang tenis.
- Multi Bezel 14K Gold Vermeil Bracelet – Tindanan vermeil emas klasik yang ada pelbagai bentuk batu permata; jantung, pir hingga bujur.
- Pave 14K Gold Vermeil Tennis Necklace – Direka untuk tampilkan gaya klasik dan minimalis
- Foto – Wanderlust + Co
- Classic Baguette 14K Gold Vermeil Bangle – Dilengkapkan dengan penutup kancing yang selamat dan batu permata baguette yang bersinar.
- Classic 14K Gold Vermeil Bangle – Lebih nipis dan sesuai yang mahukan gaya klasik.
- Classic Bold 14K Gold Vermeil Bangle – Reka bentuknya lebih besar dan tebal.
- Foto – Wanderlust + Co
- Classic 925 Sterling Silver Bangle – Lebih kecil potongannya dan nipis.
- Classic Bold 925 Sterling Silver Bangle – Potongan yang lebih tebal dan sesuai digayakan dalam apa jua gaya.
Koleksi Moments Mini-Me
- Foto – Wanderlust + Co
- Petite Sunseeker 14K Gold Vermeil Necklace – Diilhamkan oleh sinar keemasan matahari, kamu boleh laraskan kepanjangan rantai ikut keselesaan si manja.
- Petite Heart 14K Gold Vermeil Locket Necklace – Simpan dan ukir memori istimewa dalam loket hebat ini.
Info: Setiap pembelian koleksi Moments, pelanggan akan terima kad hadiah Moments edisi terhad!
Beli di [SINI] untuk eratkan lagi hubungan antara ibu dan anak bermula 3 November 2022 ini.