Selepas memperkenalkan koleksi Othertopias; Miraceti, Karst dan Erémia, Aēsop kini menambah satu lagi wangian pada barisan koleksi. Dinamakan Eidesis, Aēsop mendedahkan baunya sangat provokatif, menggoda dan menenangkan.
Eidesis dibuka dengan nota atas Petitgrain yang berkilauan, lada hitam pedas dan bunga halus. Seterusnya ia membawa kepada bau pedas kemenyan, jintan dan cedar, sebelum diletakkan di dasar kayu cendana dan vetiver hijau.
- Foto – Aēsop
Wangian Eidesis Eau De Parfum ini direka dengan kerjasama Barnabé Fillion, pereka yang turut mereka bentuk koleksi Othertopias. Menurut Barnabé, wangian terbaru ini sesuai untuk semua orang tanpa mengira jantina.
Berharga RM715/50ml sebotol, Eidesis Eau De Parfum boleh didapati di semua kedai Aēsop dan juga dalam talian [SINI]. Selamat mecuba!