Ada yang sudah kunjungi kedai konsep neu by Cycle&Carriage?
Terletak di 1Utama Shopping Centre, kedai konsep gaya hidup neu by Cyle&Carriage membawakan tema ‘Fashion Foward’ untuk bulan ini.
Sehingga hujung September (30/9/2022), kedai konsep ini menampilkan tiga pereka tempatan seperti Outdwell, Kanoe dan Li’s Atelier.
Outdwell
Untuk pengetahuan kamu, hasil rekaan Outdwell ini turut dipamerkan di Minggu Fesyen Mercedes-Benz KL 2022 tahun ini. Pertunjukkan ini merupakan sebahagian daripada perjalanan Cycle&Carriage dalam gaya hidup moden dan terkini.
- Foto – neu By Cycle&Carriage
Bagi kamu yang sukakan gaya artistik, Outdwell menawarkan pakaian lelaki yang berkualiti tinggi. Dan setiap satu rekaannya diinspirasikan daripada seni, filem, fotografi dan juga muzik.
Kanoe
Bagi pencinta batik pula, kamu pasti akan terpegun melihat koleksi Kanoe. Setiap satunya direka secara dalaman dan dijahit dengan fabrik yang diperoleh daripada seluruh dunia tau.
- Foto – neu By Cycle&Carriage
Setiap pakaiannya mempunyai cerita sendiri; gabungan sejarah zaman dahulu yang disuntik dengan sentuhan moden.
Li’s Atelier
Manakala untuk kamu yang sukakan pakaian yang mesra alam, diperbuat daripada sumber yang mampan, Li’s Atelier ada semuanya. Direka dengan teliti, diperbuat daripada linen untuk ketahanan yang lama.
- Foto – neu By Cycle&Carriage
Bukan itu sahaja, kamu juga boleh melihat secara dekat Mercedes-Benz AMG GT C dan GLB 35 yang dipamerkan. Memang menakjubkan!
- Foto – neu By Cycle&Carriage
Pada bulan Oktober, neu by Cycle&Carriage akan mempamerkan barangan yang bertema Outdoor Adventure..
Kedai konsep neu by Cycle&Carriage ini dibuka pada 10pagi-10malam setiap hari dan terletak di Lot G316, Aras G, 1Utama Shopping Centre (New Wing).