Gincu? Rasanya tiada seorang wanita pun yang tak ada sekurang-kurangnya sebatang gincu, kan?
Tak kisahlah apa jenama sekalipun, gincu ini fungsinya adalah beri warna pada bibir dan naikkan seri penampilan pada si pemakai.
Walaupun ada banyak jenis, warna dan jenama di pasaran tetapi dalam entri ini DIVA nak bongkarkan gincu DIOR yang berharga bawah RM200.
Memang berbaloi dan tak rugi langsung kalau beli gincu daripada jenama DIOR kerana ramai yang tahu ia adalah jenama terbaik! Jadi, jom tengok di bawah sekarang;
DIOR Addict Lacquer Stick [RM155]
Didatangi dalam 13 warna, secara eksklusif gincu ini menggabungkan banyak khasiat dan kebaikan yang membuatkan bibir rasa lebih terhidrat serta selesa dalam satu sapuan.
DIOR Lip Maximixer [RM156]
Didatangi dalam empat warna berbeza, lip gloss ini memberi kesan bibir yang lebih volume dan berkilau dengan luar biasa.
DIOR Addict Stellar Gloss [RM160]
Lip gloss ini berikan penghidratan selama 24 jam untuk bibir yang licin dan berkilat. Bestnya lip gloss ini, ia menggabungkan dua formulasi dalam satu masa; kilauan luar biasa dan keselesaan balm pada bibir.
Rouge DIOR Forever Liquid [RM165]
Yang pertama, gincu DIOR ini adalah cecair ultra-pigmen dan kalis pemindahan dengan 10 warna ultra-matte. Jangan risau kalau nak pakai mask kerana gincu ini tidak akan melekat atau tertanggal tau!
Rouge DIOR Ultra Rouge [RM165]
Dibungkus dalam warna merah, gincu ini mempunyai 10 pilihan warna yang terang dan berani. Yang best tentang gincu ini ia rasa sangat ringan, berpigmen dan sangat selesa untuk jangka masa yang lama.
Rouge DIOR Couture Color [RM165]
Diperkayakan dengan ekstrak bunga peony merah dan delima, Rouge Dior ini dihadiri dalam 29 warna berani dengan kemasan satin, matte, metallic dan baldu. Menariknya gincu ini boleh diisi semula dan pastikan keselesaan pada bibir selama 16 jam.