Dari wanita, lelaki, kanak-kanak dan kini bayi. Dior sedaya-upaya menambah pelbagai variasi kelengkapan untuk peminat mereka. Bagi keluarga yang bercitarasa tinggi, sudah tentu wajib anak-anak mereka juga terhidang dengan produk mewah. Dari stroller berharga RM23,000 hingga RM35,000 dan kini Dior melancarkan produk penjagaan kulit serta wangian untuk si kecil.
DIVA tahu, ia agak keterlaluan bukan?
Baby Dior Beauty kini khas untuk penjagaan kulit dan kecantikan bayi serta kanak-kanak. Ia mempunyai gel mandian, pelembab dan pembersih dan wangian Bonne Etoile.
Namun yang menjadi perhatian ialah produk wangian, Bonne Etoile. Menurut dari Dior ia wangian bebas alkohol yakni sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya lagi wangian ini bebas dari sebarang alergen dan diperbuat dari 98% bahan semulajadi.
Ia dibotolkan dalam rekaan yang minimalis dengan corak bintang gemerlapan dengan pilihan warna pastel merah jambu dan hijau pudina. Harumannya pula dari pear, wild rose dan white musk. Harga sebotol Dior Bonne Etoile $230 sekitar RM1,800.
Manakala produk pelembab kulit, Le Lait Tres Tendere boleh digunakan pada wajah dan seluruh badan. Ia pelembab dari pati susu bagi mengekalkan kelembutan dan kadar kelembapan kulit bayi. Ia dijual pada $115 iaitu RM540. Senang kata ia losyen mewah untuk anak anda.
Jadi pembava DIVA sekalian, ada yang berminat?