Tak lengkap raya tanpa perhiasan kemas serba baru. Inilah masanya nak beraya sakan selepas dua tahun kita ‘terperangkap’. Dan kalau bercakap tentang perhiasan kemas, mesti Poh Kong bermain di minda. Menjadi pilihan rakyat Malaysia, ini Poh Kong bawakan untuk raya kali ini.
Poh Kong menyemarakkan kemeriahan dan keseronokan Hari Raya dengan kilauan dan keanggunan koleksi barang kemas SyokRaya daripada jenamanya yang terkenal, Anggun dan Tranz.
Koleksi yang merangkumi pelbagai rekaan menarik hati, dengan sentuhan seni hiasan moden dan juga klasik ini pasti memukau semua mata yang memandang. Setiap satu memperlihatkan kehalusan seni pertukangan, inovasi dan seni rekaan Poh Kong yang tiada bandingan.
Koleksi Bunga Raya
- Foto – Poh Kong
Loket ini diilhamkan oleh bunga raya dengan kegemilangannya sebagai bunga kebangsaan negara! Ia mencerminkan kecantikan bunga yang berkembang mekar, sesuai untuk memperlihatkan keindahan fesyen dan dijadikan tanda kenangan yang teristimewa.
Koleksi Karya Anggun
- Foto – Poh Kong
Seindah namanya, Karya Anggun memperlihatkan seni rekaan dan seni pertukangan barang kemas paling menarik di Malaysia. Cantik dipakai sebagai gelang dan menarik digayakan sebagai loket.
Koleksi Melur
- Foto – Poh Kong
Koleksi ini mencerminkan kecantikan dan kesucian bunga melur. Keindahan bunga melur sebagai lambang kesucian diabadikan dalam pelbagai corak dan rekaan yang menjadikan anda tampak lebih terpesona di apa jua majlis. Merangkumi loket, cincin dan anting-anting.
Koleksi Manja
- Foto – Poh Kong
Terpikatnya dengan kecantikan koleksi lengkap loket, cincin dan anting-anting. Motif flora yang diletakkan dalam bingkai berbentuk hati memberi sentuhan keanggunan, keremajaan dan kesempurnaan!
Koleksi Alamanda
- Foto – Poh Kong
Mewah dari segi gaya, halus dari segi seni buatannya, rantai tangan yang serba menawan ini pasti mencairkan hati setiap wanita! Keindahan ukiran hiasannya memastikan anda sentiasa menjadi tumpuan perhatian!
Tranz
- Foto – Poh Kong
Direka bentuk untuk menyerlahkan sentuhan kelainan, rantai leher yang menarik ini memperlihatkan gaya retro dengan gelungan bujur dan berbucu yang tersendiri.
Koleksi Prestij
- Foto – Poh Kong
Paduan dua cincin ini membawakan taraf keanggunan yang tersendiri. Direka cipta dengan hiasan permata berlian, emas putih dan emas kuning yang berkilauan. Ia membawa sentuhan kebesaran diraja yang menjadi lambang kegemilangan zaman-berzaman.
Kesemua Koleksi SyokRaya oleh Poh Kong boleh didapati secara eksklusif di Poh Kong, Diamond and Gold by Poh Kong, Poh Kong Gallery dan Gold Boutique.