Ada yang sudah cuba ke tinted lip balm?
Selepas mengeluarkan beberapa produk seperti eyeshadow, blush dan pewarna kuku, Chanel melengkapkan koleksi La Pausa SS22 dengan tinted lip balm.
Diberi nama Rouge Coco Baume, tinted lip balm ini berupaya untuk merawat bibir sambil menghidrasikannya. Dibungkus dalam bekas putih yang elegan dan minimalis, ini yang perlu kamu tahu tentangnya;
Bibir Kekal Lembap Sepanjang Hari
Untuk pengetahuan kamu, tinted lip balm ini mengandungi bahan Olive Oleoactive yang diekstrak khas daripada pokok zaitun berusia 100 tahun di Pulau Sardinia.
Kandungan bahan ini dipercayai kaya dengan polifenol dan omega-9 iaitu antioksidan yang diperlukan untuk menjaga dan mengekalkan kelembapan bibir.
Info menarik:
Chanel Research menjalankan percubaan tinted lip balm pada 21 wanita. Dalam kajian ini menunjukkan bibir menjadi lembap dengan serta-merta dan beri penghidratan sehingga 8 jam. Selepas 28 hari, bibir jadi lembuh dan tidak merekah.
Ada Pilihan 7 Warna
Menarik kan bila pakai sahaja tinted lip balm ini, bibir secara automatik jadi lembap sepanjang hari. Jadi dapatkan satu tinted lip balm daripada tujuh pilihan warna Rouge Coco Baume.
Sama ada kamu mahukan warna semula jadi, pilihlah Dreamy White. Selain itu ada juga warna merah jambu, coral, merah, merah gelap dan juga fuschia.
Best kan? So… Dapatkan lah walaupun satu Rouge Coco Baume ini, memang tak rugi!