“Inspirasi buah-buahan dan sayuran segar, menariknya idea di sebalik Levi’s® Fresh untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2022.”
Pada 1970-an Levi’s® melancarkan koleksi yang diberi nama Fresh Produce, yang diinspirasi oleh hasil semulajadi. Untuk abad ke-21, Levi’s® mengembalikan koleksi itu dengan suntikan segar daripada buah-buahan dan sayuran.
- Foto – Levi’s® Fresh
Memperkenalkan Levi’s® Fresh untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2022 dengan rangkaian kegemaran yang dicelup dengan pewarna yang dihasilkan daripada sumber semulajadi termasuk tumbuh-tumbuhan.
Cara Levi’s® Menggunakan Bahan Segar Semulajadi
Di Levi’s® Fresh, kami menggunakan teknik mewarna baru bagi menghasilkan tona warna yang ceria, tona pic lembut, merah jambu, lavender, dan kuning. Semuanya dalam bentuk bebenang serta pakaian yang diwarnakan.
- Foto – Levi’s® Fresh
Pewarna dalam koleksi Fresh diperbuat menggunakan sumber semulajadi seperti;
- Tumbuhan tidak terancam seperti ekstrak akar mader dan indigo asli
- Produk sampingan pertanian
- Sisa makanan
- Mineral seperti tanah liat, karbonat dan bahan oksida asli
Pewarna ini direka khas untuk mengguna bahan tambahan yang sedikit, tanpa menjejaskan ketahanan warna atau nilai estetika, seterusnya menghasilkan proses mewarna yang inovatif lagi lestari. Kesemua pewarna dalam koleksi ini mengandungi sekurang-kurangnya 50% kandungan tumbuhan atau mineral.
- Foto – Levi’s® Fresh
Uniknya, teknik mewarna ini membolehkan Levi’s® Fresh jimat air. Kilang fabrik yang terlibat menggunakan proses osmosis berbalik untuk mengitar semula air yang digunakan semasa proses pembasahan. Teknik penjimatan air yang lain turut digunakan termasuk pewarnaan fiber ultrasonik dan pewarnaan pigmen terus.
- Foto – Levi’s® Fresh
Menariknya idea Levi’s® Fresh. Koleksi kini boleh didapati di laman levi.com.my, butik Levi’s dan gedung beli-belah di seluruh negara.