Potongan untuk koleksi musim ini lebih santai dan chic, mengembalikan nostalgia 90-an.
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk musim ini Levi’s® meraikan musim perayaan Aidilfitri dengan memperkenalkan kempen “Untukmu Yang Luar Biasa” yang turut menampilkan personaliti tempatan seperti Nadhir Nasar dan Shalma Ainaa dalam menggayakan beberapa kepingan daripada koleksi kali ini.
Menerusi kempen ini, Levi’s® menawarkan beberapa kepingan yang menonjolkan gaya fizikal yang santai, selesa sambil menyerlahkan kepelbagaian baju dan seluar bagi meraikan individualiti serta stail peribadi.
Apa yang lagi best, koleksi ini menggunakan fabrik ringan, palet warna pastel terang bersama padanan cetakan dan potongan longgar yang sesuai dengan cuaca panas tropika yang terik.
Lebih Chic & Selesa Untuk Wanita
Untuk wanita, kamu boleh dapatkan beberapa kepingan pakaian yang tersedia dalam pelbagai siluet dan potongan. Sama ada seluar berpotongan longgar seperti Baggy Dad Wide Leg, Ribcage Wide Leg atau kargo Baggy untuk tampil sentiasa segar dan selesa ketika dalam perjalanan pulang ke kampung atau beraya.
- Foto -Levi’s
- Foto -Levi’s
Manakala untuk bahagian atasan pula, kamu boleh gayakan blaus dan gaun baharu dalam corak bunga feminin dan fabrik beralun yang sejuk. Tetapi kalau dalam keadaan yang bergegas dan kelam kabut, Miss Murai cadangkan kamu pilih padanan versatil seperti skirt Cargo Midi dan Tico Jumper.
- Foto -Levi’s
- Foto -Levi’s
Jika mahukan gaya estetik yang lasak untuk dimuat naik di media sosial, cuba lapiskan kemeja-T bersaiz besar pada helaian berlengan panjang atau jaket Featherweight Trucker dan padankan bersama jean klasik Cropped 501®.
Koleksi Yang Cool Untuk Jejaka
Bagi lelaki yang inginkan gaya yang lebih segar, Miss Murai cadangkan untuk kamu gandingkan denim dengan beberapa potongan longgar yang menampilkan fabrik lut udara dan perincian khas seperti:
- Selami nostalgia 90-an dengan kepingan denim serta chinos longgar Levi’s®
- Inspirasi gaya retro, gandingkan jeans Stay Loose 568™ bersama jaket ikonik Type I Trucker
- Foto -Levi’s
- Gaya yang lebih kasual dan cool, kenakan seluar kargo Stay Loose yang menampilkan poket utiliti yang dikemas kini dengan potongan kaki tirus
- Pakaian atas yang lebih selesa dan sejuk, gayakan kemeja Polo Performance yang dilengkapi dengan teknologi CoolMax® untuk tingkatkan tahap lut udara serta penyerapan lembapan.
- Foto -Levi’s
Setiap kepingan dalam koleksi kempen “Untukmu Yang Luar Biasa” ini dijual pada harga antara RM79 ke RM409, dan boleh didapati di butik serta web [Levi’s].