“Segar, fun dan penuh warna-warni”- Tiga perkataan yang sesuai untuk gambarkan keseluruhan koleksi Musim Bunga 2022 dari Kate Spade!
Dirakam oleh Cass Bird, kempen ini menyerlahkan lagi keyakinan dan tenaga para wanita dalam musim ini melalui warna-warna pop seperti merah, kuning, merah jambu dan biru.
Menerusi koleksi ini, Kate Spade menghasilkan lebih banyak corak seperti cetakan bunga-bungaan dan rama-rama di seluruh baju, gaun, sut, seluar dan beg yang boleh dilihat dalam koleksi ini. Fabrik yang sesuai juga menjadikan koleksi ini seperti sebuah magika yang beri keselesaan pada wanita.
Pada masa yang sama, koleksi kasut juga dikeluarkan dalam warna-warna dan reka bentuk yang berani. Antaranya adalah slingback heels yang chic dan juga chunky buckles.
JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Bersempena dengan Musim Bunga, main permainan Spring Kate Spade New York di [SINI]. Pilih watak dan ikuti permainan di mana kamu perlu lalui taman sambil mengelak bola tenis.
Pemain yang mendapat markah tertinggi berpeluang memenangi pengalaman beli-belah RM3000 bersama-sama dengan hadiah eksklusif dengan pembelian.
Cantik-cantik kan koleksinya, buatkan diri kita rasa seperti puteri Disney pun ada!