Tahan lasak dan bateri yang tak pernah habis?
Mana lagi nak cari jam tangan pintar yang mempunyai ciri begitu kalau bukan dengan Garmin Malaysia. Dengan pelancaran dua jam Siri Instinct 2 yang baru, jam tangan pintar ini direka khas dengan pelbagai ciri yang menarik.
Baca perkongsian di bawah;
‘Highlight’ Utama Siri Instinct 2
Untuk spesifikasi terperinci mengenai jam tangan pintar Garmin Malaysia, Siri Instinct 2 dibina khas dengan ciri;
- Profil tipis dalam dua saiz iaitu bezel 45mm tradisional dan Instinct 2S bezel 40mm.
- Siri Instinct 2 terdiri daripada panel bukan solar dan panel solar.
- Panel solar berfungsi berikan tenaga bateri tanpa had, tak perlu dicas semula dengan bantuan cahaya matahari.
- Hayat bateri sehingga 28 hari dalam mod pintar dan GPS berterusan sehingga 30 jam tanpa matahari.
- Jika ada cahaya matahari, hayat bateri bertahan sehingga 28 hari dalam mod pintar dengan GPS sehingga 48 jam.
- Dilengkapi dengan sokongan Garmin Connect IQ yang boleh dipasang di pelbagai aplikasi, widget, dan pelbagai lagi.
- Diperbuat daripada polimer fiber dan tahan lasak.
Fakta Siri Instinct dan Instinct Solar: Siri ini telah dibina mengikut standard ketenteraan 810 untuk rintangan haba, hentakan dan berkadar air hingga 100 meter.
Siapa Yang Sesuai Gunakan Siri Instinct 2?
Buat yang tertanya-tanya, Siri Instinct 2 dibina khas dengan ciri khusus yang sesuai untuk tiga edisi;
- Edisi Surf: Sesuai untuk aktiviti sukan air seperti meluncur, windsurfing dan kiteboarding. Lengkap dengan maklumat terkini mengenai ombak dan keadaan lautan.
- Edisi Taktikal: Dilengkapi dengan Kill Switch, Stealth Mode, Night Vision Goggle Compatibility, Dual Format Position Coordinates dan mod Jumpmaster Activity.
- Edisi Camo: Corak Grafit dan Mist Camo membolehkan individu bergabung atau menonjol bergantung pada lokasi.
Harga Siri Instinct 2 & Instinct 2S
Untuk dapatkan jam tangan pintar Siri Instinct 2 dan Instinct 2S, anda boleh dapatkannya di Lazada, Shopee, kedai elektronik AECO dan peruncit terpilih.
- Instinct 2 Grafit (Bukan Solar) – RM1630
- Instinct 2 Grafit Camo / Mavericks (Bukan Solar) – RM1860
- Instinct 2 Grafit / Mist Gray / Tidal Blue (Solar) – RM2099
- Instinct 2 Hitam / Coyote Tan / Bell Beach (Solar) – RM2330
- Instinct 2S Graphite / Deep Orchid / Poppy (Bukan Solar) – RM1630
- Instinct 2S Mist Camo / Waikiki (Bukan Solar) – RM1860
- Instinct 2S Graphite / Mist Gray / Tropic (Solar) – RM2099
- Instinct 2S Ericeira (Solar) – RM2330
Maklumat lanjut tentang Siri Instinct 2, layari di [SINI]. Selamat membeli-belah!