Tak asing dalam dunia fesyen, sosialit terkenal di Malaysia iaitu Marion Caunter dikenali kerana selera gayanya yang sangat tinggi.
Menarik perhatian di Instagram, DIVA tertarik dan sangat suka melihat fesyen Marion ketika berada di Paris baru-baru ini.
Eksklusif, mewah dan bergaya! Sampaikan ada yang gelarkannya sebagai Emily in Paris versi Asia tau.
Serba hitam dalam persalinan jumpsuit kulit yang mempunyai potongan leher V yang cerun. Dipadankan pula dengan beg Balenciaga Hourglass berwarna biru.
Marion mengenakan persalinan warna sedondon dari head-to-toe ketika ‘Breakfast with Vogue100’. Di bahagian pergelangan tangan dan kakinya diperincikan lagi dengan potongan sisi.
Berwarna-warni dengan motif flora di puffer jacket! Ringkas tetapi tetap ‘hot’.
Hadiri pertunjukan fesyen Valentino, Marion mengenakan jaket yang diperincikan dengan bulu pelepah di bahagian bawahnya. Dilengkapkan gayanya dengan beg bahu Valentino Garavani Roman Stud.
Di pertunjukan fesyen Chanel pula, kemeja sleeve puff dengan potongan leher V dipadankan dengan gaun tweed Chanel. Gayanya dilengkapkan lagi dengan pointy boots dan fishnets.
Di pameran Schiaparelli, Marion mengenakan sut hitam. Yang menarik tentang gayanya ini, ada statement di bahagian bahu dengan lapisan hitam-merah bagi memberi highlight pada bahagian tersebut.
Voila! Mana satu yang kamu suka?