“Liar, magnetik, kucing, harimau kumbang” – Signature kreatif Cartier sejak tahun 1914.
Sejak transformasi pertama pada tahun 1948 oleh Jeanne Toussaint, koleksi ini digelar sebagai “La Panthère“.
Gabungan reka bentuk, pemasangan permata dan perincian harimau kumbang membuatkan koleksi ini sangat istimewa. Jom lihat di bawah;
Koleksi Panthère de Cartier
Daripada barang kemas, aksesori hingga minyak wangi, setiap tampilan ikonik harimau kumbang dalam koleksi ini merupakan penghormatan pada alam semula jadi.
Bagi Cartier, koleksi Panthère de Cartier merupakan signature untuk golongan wanita yang berani. Semuanya ditonjolkan melalui reka bentuk, warna, potongan dan volume dalam koleksi ini yang menandakan ianya pelengkap kepada sentuhan gaya peribadi.
Beg Panthère de Cartier
Menarik perhatian buat pertama kali melihat koleksi terkini beg tangan Panthère de Cartier adalah pengapitnya! Pengancing kepala harimau kumbang dalam bentuk melengkung membentuk huruf “C”.
Daripada bentuk, pemegang dan gussets, beg minimalis ini nampak sangat sempurna! Anda boleh gayakan beg ini dengan memakainya di atas bahu atau dibawa dengan tangan. Sesuai juga untuk dibawa ke majlis formal dan kasual.
Didatangi dalam dua rupa dan dua saiz iaitu model kecil dan mini, anda boleh menggunakannya dalam apa-apa majlis sekalipun. Beg tangan Panthère de Cartier tersedia dalam empat warna iaitu hitam, merah ciri, hijau dan merah jambu pucat.
(Psst… Setiap beg boleh diperibadikan dengan menambah huruf awal atau tarikh; sama ada dalam cop panas emas atau dengan mengukir cermin dalamannya.)
Dapatkan koleksi Panthère de Cartier [BELI SINI] dan beg tangan Panthere de Cartier [BELI SINI] di butik dan secara dalam talian. Selamat membeli belah!