Selepas persembahannya yang mencuri perhatian di pertunjukan fesyen, kini Naomi Campbell membintangi kempen utama jenama Perancis, Lanvin.
Menerusi kempen Musim Bunga/Panas 2022 Lanvin, Naomi telah bergambar dalam rekaan terbaru pengarah kreatif, Bruno Sialelli. Dalam setiap gambarnya, Naomi menonjolkan vibe keanggunan, elegan dan keyakinan diri yang patut setiap wanita ada.
https://www.instagram.com/p/CaUO2X_LwCs/
Untuk gambar pertama, model ini menarik perhatian dalam gaun crinoline hitam iaitu gaun Conserto pada tahun 1930-an dalam cetakan bunga. Di sampingnya, terdapat beg Cat Hobo yang berikan penampilan yang lebih berani.
https://www.instagram.com/p/CacVD9XoF_L/
Dalam gambar seterusnya pula, Naomi kelihatan sangat mempesona dalam gaun mini sutera yang berona ungi. Gaun berlengan panjang itu mempunyai tekstur drape yang dihiasi dengan garis leher yang mendalam dan hiasan kristal.
https://www.instagram.com/p/CaUPXmrr4jN/
Dipadankan pula dengan kasut tumit platform yang berketinggian kira-kira 5 inci, nampak cantik dengan tali hadapan dan pergelangan kaki yang bersilang. Untuk gambar kempen selanjutnya, lihat di bawah;
https://www.instagram.com/p/CacU0GjIGqA/
https://www.instagram.com/p/CacUWZIIv-0/
https://www.instagram.com/p/CaUQNhzrQqM/
Kalau namanya model, memang pakai apa tetap menarik dan cantik kan?