Nampaknya koleksi Miu Miu Musim Bunga/Panas 2022 berjaya memberi impak.
Viral selepas debut pada Oktober 2021, dengan set micro-mini skirt dan ultra-cropped top menjadi perbualan ramai. Seperti yang dijangkakan, koleksi itu menjadi kegemaran di kalangan editor, penggaya, selebriti dan influencer.
- Foto – Miu Miu
Keunikan Ciptaan Miu Miu
Ciptaan yang raw, di mana skirt tampil potongan low-rise, lipatan dan jahitan yang tidak sempurna, poket terdedah dan berukuran sangat pendek, dipadankan bersama kemeja dan jumper crop top. Set mini ini telah menjadi fesyen kontroversi.
Koleksi yang funky tetapi masih boleh dipakai, katanya mendapat perhatian yang lebih daripada jenama berprestij lain. Sekaligus menjadikan ia set pakaian yang wajib ada pada musim bunga dan panas.
Apa kata anda tentang set koleksi ini? Walaupun kontroversi, banyak dupe telah muncul di pasaran, dan sambutan sangat menggalakkan khususnya pada generasi Z yang loves akan koleksi ini.