Jenama dari Perancis ini cukup dikenali dengan beg tangan bersaiz kecil, sangat kecil sehingga model hanya perlu menjinjit menggunakan satu jari sahaja.
Walaupun saiznya menimbulkan kritikan, Le Chiquito akhirnya berada di tangan beberapa selebriti terkenal seperti Selena Gomez, Emily Ratajkowski, Dua Lipa, Kendall Jenner dan banyak lagi.
- Foto – Jacquemus
Tidak hanya terikat dengan beg tangan bersaiz kecil, Jacquemus memperkenalkan beg Le Bambino dalam saiz baru lebih besar dan praktikal. Koleksi yang hadir dalam warna pelangi dan comel sangat diidam-idamkan oleh peminat fesyen, lagi-lagi peminat jenama ini.
Keunikan Jacquemus Le Bambino
Ia digambarkan sebagai beg sampul surat dan mempunyai tali bahu yang tebal serta pemegang atas untuk pelbagai cara dibawa.
Di dalam, terdapat satu poket, dan terdapat juga poket celah di bahagian luar belakang beg. Dihasilkan daripada kulit kualiti, jenama ini membanggakan kerana setiap kulit adalah unik, dipilih dengan teliti oleh pasukan reka bentuk.
- Foto – Jacquemus
Lihat koleksi Jacquemus Le Bambino yang pelbagai warna di sini.