Berbeza daripada jenama fesyen mewah yang lain, Jacquemus kali ini membuat pertunjukan fesyennya di pantai Ouhu, Hawaii. Koleksi Musim Bunga 2022 yang diberi nama ‘Le Splash‘ ini diadakan di tepi pantai yang berlatar belakangkan dengan laut.
Keseluruhan koleksi ‘Le Splash’ terdiri daripada pakaian bersaiz besar, pakaian kasual hinggalah pakaian pantai. Direka kasual dengan warna-warna berani dan terang termasuklah motif plaid.
Nak lihat keseluruhan koleksi ‘Le Splash‘ milik Jacquemus? Scroll sampai habis okay.
Terdapat 56 looks, beberapa pakaian dalam koleksi ‘Le Splash’ ini memiliki reka bentuk yang menyerupai bentuk scuba gear.
Selain warna berani dan terang, ada juga motif plaid.
Pereka fesyen, Simon Porte Jacquemus sangat dikenali dengan reka bentuk pakaiannya yang seksi dan flirty!
Tak lengkap tiada aksesori ikonik Jacquemus iaitu mini bag. Tetapi milik BLACKPINK Jennie yang mempunyai rekaan moden ini jadi perhatian orang ramai.
Bukan hanya seksi dan flirty, gaya boyish pun turut ada.
Sangat berbeza daripada yang lain dan menarik kan? Tahniah Jacquemus!