Bila melihat kediaman selebriti, kita tidak lari dari memikirkan ‘agaknya bau rumah mereka macam mana, mesti harum semerbak?’
Nah, ternyata ramai selebriti memilih lilin Diptyque untuk menghiasi ruang kediaman mereka. Jika anda mahu rumah berbau seperti Beyonce, Victoria Beckham, Meghan Markle, anda boleh melakukannya. Ini adalah lilin yang diminati oleh selebriti kegemaran anda dan anda juga boleh self reward diri anda.
Apa membuatkan lilin kelahiran Perancis itu sangat eksklusif dan agak mahal? Lilin ini terkenal dengan kualiti yang luar biasa dan reka bentuk yang cantik. Selain itu, lilin Diptyque tidak pernah menggunakan wangian sintetik dalam produk mereka. Memilih bahan yang semula jadi dan eksklusif, sebab itu ia mempunyai tanda harga yang mahal.
Meghan Markle – Diptyque Figuier
- Foto – Diptyque
Bukan sahaja meletaknya di kediaman, isteri Putera Harry turut menyalakan lilin dengan aroma daun pokok ara sebelum dan ketika perkahwinan bersejarahnya.
Beyonce – Diptyque Vanille
- Foto – Diptyque
Siapa yang tidak suka lilin vanila? Beyonce menyukai bau yang hangat dan manis, dan menyalakan lilin Diptyque sepanjang masa.
Kate Hudson – Diptyque Choisya
- Foto – Diptyque
Aktres ada memberitahu bahawa dia peminat lilin Diptyque, dan dia secara khususnya menyukai bau Choisya, yang berbau seperti bunga oren.
Nicole Richie – Diptyque Jasmine
- Foto – Diptyque
Pembeli telah memanggilnya sebagai ‘bau yang indah’ yang mengingatkan mereka kepada ‘musim panas di Mediterranean.’ Dan Nicole Richie salah seorang peminat lilin ini.
Gal Gadot – Diptyque Baies
- Foto – Diptyque
Lilin buah ini mengandungi nota mawar yang dimaniskan dengan daun blackcurrant. Menurut Gal Gadot, dia menyalakan Baies setiap masa.
Victoria Beckham – Diptyque Figuier
- Foto – Diptyque
Mengandungi nota daripada kulit pokok ara, daun dan getah susu, lilin buah ini menghasilkan bau yang menakjubkan. Nak tahu, Victoria menjadikan lilin ini sebagai wangian signature di butiknya di London.
Sekarang rumah anda pun boleh bau seperti rumah selebriti.