Haruman Diptyque bukan calang-calang…
Umumnya kita sudah tahu, wangian haruman lilin sudah menjadi pilihan ramai. Setelah beberapa tahun lalu kita ‘terperangkap’ di kediaman sendiri. Pengeluar haruman rumah tidak kira dari jenama antarabangsa, tempatan mahupun ushawan kecil menerima permintaan banyak sekali. Ramai yang mula sedar akan sifat positif yang diberikan dari haruman wangi tatkala rehat di rumah.
Jenama Diptyque sudah tersenarai dalam senarai jenama haruman mewah. Ia cukup sinonim dengan karakter sensual dan bauan sofistikated. Malah, produk yang tersedia pula kadangkala sangat terhad, ini sesuai dengan kehendak penjagaan kualiti pembuatan dari jenama Diptyque sendiri. Jika sebelum Diptyque hanya bermain dengan haruman lilin. Kini ia telah perkenalkan pelbagai bentuk haruman yang anda boleh petik dari suis sahaja!
- Diptyque Baies / Berries Hourglass Diffuser 75ml [RM859]
Bukan satu tapi ada tiga pilihan diffuser dengan rekaan hourglass yang elegan untuk kamu pilih. Bersama haruman yang memikat dan menjadikan pengalaman di rumah seperti hotel percutian mewah. Diffuser ini mampu mengeluarkan haruman berpanjangan dan lembut untuk dihidu.
- Diptyque Electric Wall Diffuser [RM609]
Rekaan yang kecil, sofistikated dan amat sesuai untuk mengekalkan gaya rumah berunsurkan kontemporari. Malah, ia boleh dibawa kemana-mana dan mudah dipasang apa jua suis plug.
- Diptyque Un Air De Home Electric Diffuser [RM2,110]
Diptyque tidak ketinggalan mengeluarkan home diffuser sendiri dengan rekaan yang cukup sleek. Ia mampu mengharumkan ruang rumah selama 40 jam tanpa henti dan catridge boleh bertahan sehingga 3 bulan setelah dibuka.
- Diptyque Car Diffuser with Baies Insert [RM579]
Tak mahu tinggal rumah tanpa wangian Diptyque? Kini anda boleh simpan haruman kesayangan didalam kereta untuk perjalanan jauh bersama tersayang. Ia dilengkapi dengan sistem inovasi cold diffusion untuk sedutan haruman yang baik dan selesa.
Jika kamu ingin lihat lebih banyak lagi pilihan wangian atau rekaan diffuser dari Diptyque. Layari https://kensapothecary.com.my/collections/home-fragrance dan boleh buat pembelian terus dari KENSapothecary.