“Kesatnya muka aku, kena mula pakai sheet mask supaya lembap dan lembut.”
Sheet mask adalah salah satu bahagian penting dalam rutin penjagaan kulit. Boleh dipakai sebelum tidur, sebelum nak mula bersolek, atau bila terasa kulit kering dan kesat. Dengan keupayaan untuk melembap, menyegar atau mencerah, penyelesaian selama 10 minit ini boleh memberikan kulit kelegaan serta-merta. Sheet mask memang best!
Berikut beberapa sheet mask terbaik untuk mendapatkan kulit yang lebih baik.
SK-II Pitera Facial Treatment Mask (BELI)
- Foto – TofuSecret
SK-II dibuat istimewa untuk anti-penuaan dari Pitera, yis yang dituai daripada pengeluaran Sake. Sheet mask ini direndam dalam 30ml Facial Treatment Essence yang kaya dengan Pitera untuk membantu menghilangkan garis-garis halus dan bintik-bintik gelap.
Sulwhasoo First Care Activating Sheet Mask (BELI)
- Foto – Sulwhasoo
Sheet mask ini nipis dan halus, dibasahi dengan essence sehingga ia terasa seperti larut ke dalam kulit. Lakukan rutin sheet mask di rumah, ia menjadikan kulit kelihatan cerah, bermaya dan rasa lembut serta lembap.
Dr.Jart+ Cryo Rubber Mask with Moisturising Hyaluronic Acid (BELI)
- Foto – Korean Cosmetic
Sheet mask ini diperbuat daripada Hyaluronic Acid, ia menyediakan rawatan 20 minit yang sangat menghidratkan yang mengubah kulit kering dan dehidrasi serta-merta. Diadun dengan bahan-bahan terbaik untuk kulit, termasuk ekstrak Kelp, sheet mask ini memberikan kelembapan dan menjadikan kulit terhidrat dan bercahaya.
Tatcha Luminous Dewy Skin Mask (BELI)
- Foto – The Cut
Jenama kegemaran Meghan Markle. Sheet mask ini terdiri daripada helaian mikrofiber yang sangat nipis, 100 kali lebih nipis daripada sehelai rambut. Ia terhasil daripada minyak padi yang ringan, digabungkan dengan minyak botani dan ekstrak untuk menenangkan dan merawat kulit.
La Mer The Treatment Lotion Hydrating Mask (BELI)
- Foto – La Mer
Terhasil daripada teknologi Jepun dan gentian mikro yang memberikan penghidratan secara menyeluruh. Sheet mask ini memberikan anda hasil gebu dan bertenaga serta cahaya dalam beberapa minit sahaja.
Happy shopping!