Sesuai untuk wanita yang berjiwa bebas, feminin dan menggoda, jenama mewah Britain iaitu BURBERRY telah mengeluarkan wangian terbarunya.
Rangkaian BURBERRY Her terdiri daripada 5 jenis wangian dan salah satunya adalah BURBERRY Her Eau De Toilette (EDT).
BURBERRY Her EDT ini mempunyai bauan peony yang diadun dengan pir hijau. Wangiannya diserlahkan lagi dengan bauan daripada bunga ros dan kayu.
Yang menariknya, wanngian ini akan mengingatkan anda pada memori musim bunga yang romantis serta hubungan percintaan yang sedang mekar.
Anda boleh mendapatkan wangian EDT ini dalam reka bentuk moden iaitu botol kaca yang berwarna hijau pistachio yang memberi lambang sifat spontan dan bersemangat.
- BURBERRY Her EDT 30ml: RM232 (Dijual di Sephora)
- BURBERRY Her EDT 50ml: RM356 (Dijual di Sephora dan kedai runcit terpilih)
- BURBERRY Her EDT 100ml: RM521 (Dijual di kedai runcit terpilih)
BURBERRY Her EDT tersedia untuk dibeli bermula pada Februari 2022 di laman web BURBERRY, kedai BURBERRY dan kedai runcit terpilih sepertti Parkson, ISetan, AEON, Sogo dan Sephora.