Tahun 2022 adalah tahun keemasan apabila kerabat diraja meraikan hari lahir penting. Di Norway, puteri mereka telah dewasa secara rasmi, apabila Puteri Ingrid Alexandra berusia 18 tahun pada 21 Januari.
Anak perempuan tunggal Putera Mahkota Haakon dan isterinya Puteri Mette-Marit, dia berada di barisan kedua takhta selepas bapa dan datuknya, Raja Herald.
Dipetik dari Tatler, tempatnya dalam barisan pewarisan telah diperoleh pada 2004, apabila raja mengubah undang-undang primogeniture untuk memastikan tiada adik lelaki akan naik takhta selepasnya.
Perubahan itu bagaimanapun memberi kesan kepada generasinya, jadi ia tidak mengubah kedudukan bapanya (dia mempunyai seorang kakak perempuan, Puteri Märtha Louise). Ingrid mempunyai seorang adik lelaki, Putera Sverre Magnus, dan seorang abang tiri di sebelah ibunya, Marius Borg Høiby.
Hitam Itu Sofistikated
Untuk hari lahirnya, Norway telah mengeluarkan beberapa gambar baharu Ingrid. Ada yang menunjukkan dia memakai dress hitam anggun, dan yang lain mengenakan suit menyerlahkan lagi penampilan yang sofistikated dan profesional.
Puteri itu hanya bertata rias serba ringkas dengan solekan warna tanah sesuai dengan rambut coklat gelapnya dan aksesori anting-anting.
Ingrid dididik bersama abang tirinya di sebuah sekolah rendah tempatan di Oslo, dengan ibu bapanya berharap dia akan menjalani kehidupan biasa. Ketika berusia 15 tahun, dia telah memberi Duchess of Cambridge lawatan ke taman arca yang dinamakan sempena namanya pada 2018.
Dia terkenal sebagai seorang peluncur, pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan kebangsaan pada 2020 serta pemain kickboxer dan pemain ski.