Memiliki bentuk badan yang sempurna adalah impian bagi setiap wanita. Tetapi peha dan betis yang besar sering menjadi penghalang bagi mereka untuk mencapai kesempurnaan itu.
Ada yang diet dan melakukan senaman tetapi peha dan betisnya masih sama. Persoalannya, adakah anda melakukan teknik senaman yang betul?
Hari ini kami mahu berkongsi beberapa tips mudah untuk anda yang mengalami masalah peha dan betis yang besar. Tips ini haruslah diamalkan setiap hari sehingga anda nampak perubahannya.
Kurangkan pengambilan makanan berlemak
Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama peha dan betis yang besar. Oleh sebab itu, kurangkanlah pengambilan makanan yang berlemak.
- Foto – Kongsi Resepi
Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk badan anda. Secara tidak lansung dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan anda!
Makan makanan yang berserat
Tahukah anda makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membantuk untuk mengurangkan saiz peha dan betis anda?
- Foto – Medical News Today
Ini kerana makanan berserat seperti sayur dn buah-buahan mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurng lemak dan secara tidak lansung dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan.
Senaman yang betul
Antara senaman yang baik untuk paha dan betis ialah berjalan atau jogging. Kaki anda merupakan otot utama untuk kedua-dua senaman ini.
Jika anda tidak mampu untuk jogging, anda boleh juga berjalan secara perlahan atau berlari setempat. Fungsi dan kesannya tetap sama. Jadi tiada alasan untuk anda tidak membuat senaman ini.
- Foto – Popsugar
P/S : Petua yang paling mudah yang anda boleh lalukan selepas terjaga dari tidur : Setelah bangun dari tidur, kekalkan badan anda dalam posisi melentang. Angkat kaki ke atas dan gerakkan keatas dan kebawah seperti sedang mengayuh basikal.
Kemudian angkat kedua-dua belah kaki anda pada ketinggian yang sama dan tahan untuk beberapa minit (ikut kemampuan). Kemudian, sambung kembali gerakkan kaki anda seperti sedang mengayuh basikal. Jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat.
Semoga berjaya bagi yang mahu mencuba!