Penyanyi Sissy Iman baru-baru ini telah berkongsi beberapa gambar mengenai wajahnya yang pernah berjerawat dan breakout dengan teruk.
‘Seksa’ selama tiga tahun penyanyi ini mendedahkan dia mengalami tekanan emosi selepas tidak menjumpai jalan penyelesaian bagi masalah kulitnya.
3 Tahun Tempoh Menderita Kulit Breakout
Kongsi Sissy sepanjang tahun 2019 hingga tahun 2021, kulitnya tidak memberikan sebarang ‘respon’ positif, malah menjadi lebih teruk hingga pertengahan tahun ini.
“I think most of you dah tahu, few years back in 2019, Sissy ada share video Sissy nangis sebab skin teruk & guess what? It doesn’t get any better, in fact it got worst years after that sampai la ke pertengahan tahun ni.”
Tambah Sissy walaupun dia sudah mengeluarkan kos yang banyak, kulit wajahnya tetap tidak menunjukkan apa-apa perubahan.
Kulit Breakout Punca Kena ‘Reject’ Dengan Lelaki
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sissy mendedahkan dia berasa sangat sedih apabila perasaan cintanya ditolak oleh lelaki gara-gara kulit breakout.
“Benda paling sakit sebenarnya adalah bila kita kena reject sebab rupa/kulit. Dah berapa kali hati ni macam disiat bila orang ingat kita tak buat pape untuk jaga kulit. Orang ingat kita pengotor sebab biar ja kulit gitu. Hakikatnya dah berapa banyak duit, berapa banyak product kita campak masuk tong sampah walaupun tak habis pakai sebab tak sesuai dengan muka kita.”
Malah ada yang menganggap mereka yang memiliki kulit breakout itu adalah seorang yang pengotor kerana tidak pedulikan keadaan kulitnya. Dan ada juga yang meminta dia untuk menutup kecelaan di wajah dengan menggunakan mekap.
“Cover la pakai make up? Make up pun sampai tak boleh cover buncit buncit jerawat toh. Letak setitis foundation pun rasa gatal, pedih.. Maka gigih la download macam-macam filter nak kasi diri nampak konon flawless.
Sissy dalam perkongsiannya juga mendedahkan kulitnya sudah beransur pulih dan berharap mereka yang mengalami perkara yang sama untuk terus kuat dan tidak mengalah.
Team Wanista berharap mereka yang menghadapi perkara yang sama seperti Sissy Iman untuk tidak putus asa dan sentiasa bersabar. Fighting!