Festival muzik Astroworld ‘Travis Scott’ dibatalkan ekoran lapan orang maut dan beratus-ratus orang cedera selepas ribuan orang menyaksikan konsert pembukaan rapper di Houston, Texas.
Menurut laporan BBC, panik berlaku selepas orang ramai mula berpusu-pusu ke hadapan pentas di Festival Astroworld Travis Scott.
Sebelas orang telah dibawa ke hospital akibat serangan jantung dan lapan telah maut. Setengah mangsa berusia seawal 10 tahun, dan laporan terkini antara lapan yang maut, seorang merupakan remaja 14 tahun.
- Foto – Apple Music
“Apabila pengunjung mula memenuhi hadapan pentas, orang ramai mula panik. Kejadian tolak-menolak menyebabkan ramai cedera.
Dipetik dari Houston Chronicle, Travis Scott berhenti beberapa kali semasa persembahannya selama 75 minit apabila dia melihat peminat panik berhampiran bahadian hadapan pentas.
Rapper itu meminta pegawai keselamatan untuk memastikan peminat berada dalam keadaan baik dan membantu mereka keluar daripada orang ramai.
“Kami memerlukan bantuan, seseorang pengsan di sini,” kata Scott, meminta peminat di sekeliling mangsa memberi ruang bagi membolehkan pegawai keselamatan datang membantu.
https://twitter.com/Nia_TanyaMinaj8/status/1456919296416927746?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1456919296416927746%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.unilad.co.uk%2Fmusic%2Ftravis-scott-concert-footage-shows-singer-pausing-performance-and-calling-security-to-help-passed-out-fan%2F
Tidak jelas berapa ramai orang terlibat dalam kecelakaan itu, tetapi polis Houston telah mengesahkan bahawa seramai 300 orang telah dirawat di lokasi kerana cedera ringan.