Bintang Emily in Paris, Lily Collins akhirnya menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hati Charlie McDowell awal September lalu.
Yang menarik tentang perkahwinan ini adalah sinematografi untuk koleksi foto yang dikeluarkan, cukup aesthetic dan memukau mata. Netizen ibaratkan perkahwinan wanita cantik manis ini persis perkahwinan ala dongeng.
Gaun Renda Rekaan Ralph Lauren Collection Pilihan Lily Collins
Lily Collins memilih gaun renda meleret rekaan Ralph Lauren Collection untuk hari bahagianya. Gaun renda turtleneck mengikut potongan badan ini dipadankan dengan vale yang memerlukan masa hampir 200 jam untuk disiapkan.
Manakala vale pula dihiasi dengan bunga mikro manik-manik Swarovski dan kelopak organza sutera yang diletakkan untuk mengikuti reka bentuk renda Calais-Caudry.
Cantik sungguh Lily Collins, tahniah!