Masih ramai orang memperkatakan tentang gaun pengantin inspirasi Grace Kelly yang dipakai Paris Hilton ketika hari bahagianya. Kalau nak tahu selain Paris, terdapat beberapa selebriti lain turut memilih gaun pengantin inspirasi Grace Kelly.
Gaun pengantin Grace Kelly merupakan paling ikonik dan legend sehingga hari ini. Rekaan di bahagian atas melekap ke tubuh dan skirt kembang, vale panjang meleret dilengkapi tiara menjadikan ia klasik dan anggun sekali.
- Foto – Pinterest
Ia sememangnya gaun pengantin yang paling dikenali dan telah memberi inspirasi kepada selebriti ini untuk hari istimewa mereka. Lihat 5 gaun pengantin selebriti yang diilhamkan oleh Grace Kelly.
Kate Middleton – Alexander McQueen
- Foto – Insider
Miranda Kerr – Dior
- Foto – Vogue
Jasmine Tookes – Zuhair Murad
- Foto – Vogue
Nicky Hilton – Valentino
- Foto – Insider
Lady Kitty Spencer – Dolce & Gabbana
- Foto – Harper Bazaar
Setiap satu rekaan unik dan tersendiri. Pada wanita yang sedang mencari idea, boleh jadikan inspirasi.