Kita semua tahu bahawa TikTok penuh dengan trik penjagaan kulit, ada yang berguna, ada yang berbahaya, dan ada yang pelik.
Kini, timbul pula trik menggunakan air garam laut untuk menghilangkan jerawat.? Seorang pengguna @aubyrnjadeart telah memperoleh lebih satu juta tontonan kerana menunjukkan perubahan kulitnya yang drastik, yang dicapainya dengan menggunakan rawatan air garam laut.
@aubyrnjadeart 🥲thank u for posting that @leacrylics
Sembur Campuran Garam Laut Dan Air
Caranya dengan menyemburkan campuran garam laut dan air di wajahnya dua kali sehari, dapat menghilangkan jerawat.
Dia mengetahui trik ini dari pengguna TikTok lain, @leacrylics, yang menggunakan ramuan garam laut setelah menyedari bahawa kulitnya biasa akan bersih selepas mandi laut.
@leacrylics and this makes so much sense. sea salt is healing. #acne #clearskin #seasalt #fyp
Kedua-dua mendakwa trik genius itu berfungsi kerana ia mengimbangi pH kulit dan membunuh bakteria.
Apa Kata Dermatologi
Dakwaan mengenai kesimbangan pH dan kawalan bakteria adalah tidak benar. Hal ini kerana air laut mempunyai pH alkali 8, dan kulit jenis acne-prone juga mempunyai pH alkali.
Sekiranya anda ingin menggunakan pH berasid untuk menyeimbangkan kulit, cadangan dermatologi adalah menggunakan glycolic acid dan salicylic acid untuk membantu masalah kulit.
Air garam laut memang mempunyai kesan antimikroba, tetapi tidak cukup kuat untuk membunuh jerawat.
Jadi, sebelum anda terfikir nak mengikuti trik TikTok ini, lebih baik mencapainya dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang betul dan sesuai dengan masalah kulit.
Harus diingat tidak semua DIY baik untuk kulit kita ye! Selamat beramal.