Apa yang dapat kita pelajari pada personaliti seseorang hanya dengan pemerhatian yang berulang? Jika individu tersebut acapkali mengopek kulit di jari, bibir sehingga berdarah – apa yang boleh kita ungkapkan pasal mereka? Personaliti orang yang sebegini bagaimana?
Ini pandangan menurut psikologi.
Menggigit Kuku
Mereka yang menggigit kuku, atau menarik rambut atau mengopek kulit, merupakan seseorang yang mementingkan kesempurnaan, mereka langsung tidak relaks dan cenderung gemuruh.
- Foto – Times of India
Para saintis menyebut tindakan ini sebagai ‘body-focused repetitive behaviors’ (BFRB) – tingkah laku berulang yang berfokus pada badan.
Kekerapan Memeriksa Telefon
Sekiranya seseorang kerap memeriksa telefon mereka, ini bermakna mereka bosan. Ini adalah claim yang diakui kerana kebanyakan kita cukup ketagih akan telefon pintar kita tanpa mengira keadaannya.
- Foto – Medium
Sekiranya mereka sentiasa memeriksa telefon atau kemas kini news feed, mereka mungkin tidak stabil secara emosional dan berusaha menenangkan perasaan mereka.
Membuat Hubungan Mata Atau Tidak
Orang cenderung untuk mengurangkan hubungan mata ketika bercakap tentang sesuatu, atau ketika mengalami aliran pemikiran atau emosi.
- Foto – Body Language
Dipercayai bahawa orang yang membuat hubungan mata dengan pasangannya lebih kerap, sangat berkeyakinan dan dominan secara sosial.
Cara Minum
Seseorang yang melihat ke dalam cawan ketika minum kemungkinan besar introspek. Orang itu sedar diri, idealistik, dan fokus.
- Foto – Medical News Today
Seseorang yang melihat ke atas cawan ketika minum cenderung menjadi seseorang mudah terpengaruh. Mereka lebih peka terhadap alam sekitar, periang, extrovert, dan dipercayai.
Manakala seseorang yang menutup mata ketika minum sedang merasa sakit atau tidak selesa dan sibuk dengan kesenangan dan kelegaan.