Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, jerawat, berminyak dan menghadapi masalah kulit, produk ini patut anda pertimbang.
Dinamakan siri Cellapy Red Cica. Cellapy dikembangkan oleh Dr. J.H. Kim, pakar dermatologi dari Korea dengan pengalaman klinikal selama 17 tahun, merawat lebih daripada daripada 50,000 pesakit, dan jenama ini digunakan oleh 2,500 pusat dermatologi di Korea Selatan.
Bukan biasa-biasa rangkaian produk ternama Cellapy. Tapi apa kelainan untuk siri Red Cica?
Ini Yang Siri Red Cica Janjikan
Siri ini menjanjikan kestabilan kulit yang bermasalah dengan berkesan dan membetulkan masalah kulit sambil memperbaiki pemulihan luka dan parut.
- Foto – Cellapy
Bahan-bahannya termasuk Panthenol dan Betaglucan membantu memperbaiki dan mengawal keseimbangan minyak-air yang terganggu oleh rangsangan luar, menghasilkan penghalang kulit yang lebih kuat dan tekstur kulit yang lebih baik.
Hanya 4 Langkah Untuk Merawat Kulit Bermasalah
Tidak seperti produk Korea lain yang memerlukan beberapa langkah untuk rutin penjagaan diri tapi untuk siri Red Cica, memadai dengan empat langkah saja.
Langkah 1 – Mencuci Dengan Cellapy Red Cica All Clear Cleansing Foam
Mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat cenderung mempunyai kelenjar minyak yang terlalu aktif. Minyak memerangkap sel-sel kulit mati, sisa solekan, kotoran yang boleh menyumbat liang porti dan menyebabkan keradangan.
- Foto – Cellapy
Oleh itu, pembersihan dua kali sehari sangat digalakkan bagi mereka yang kulit berminyak dan mudah berjerawat. Tapi cubalah untuk tidak mencuci muka terlalu kerap walaupun anda merasa kulit anda berminyak.
Semakin banyak anda mencuci kulit, semakin kering kulit anda, dan kelenjar minyak anda akan menghasilkan sebum yang lebih banyak sebagai tindak balas, yang mengakibatkan lebih banyak jerawat.
Langkah 2 – Tone Dengan Cellapy Red Cica All Clear Essence
Apabila penghalang kulit anda rosak, keseimbangan minyak-air di kulit akan terganggu, menyebabkan kulit meradang dan mudah teriritasi oleh rangsangan luaran.
- Foto – Cellapy
Lepas pembersihan, aplikasi toner atau esen yang membantu menguatkan penghalang kulit, memperbaiki tekstur kulit, dan mengekalkan keadaan kulit yang lebih sihat.
Langkah 3 – Melembap Dengan Cellapy Red Cica All In One Cica Cream
Setiap kali anda mula melihat jerawat naik, ini tanda bahawa kulit anda iritasi dan meradang. Ini berlaku apabila anda mempunyai penghalang kulit yang lemah atau terganggu yang membolehkan bahan perengsa memasuki kulit dengan mudah.
- Foto – Cellapy
Oleh itu, adalah penting untuk mencari krim pelembap yang dapat menyembuhkan luka dan menguatkan penghalang kulit pada masa yang sama menghidupkan semula tekstur kulit anda.
Langkah 4 – Sembuhkan Dengan Cellapy Red Cica All Clear Conditioning Cream
Breakout adalah luka. Semakin lama luka terdedah, semakin besar peluang untuk dijangkiti atau radang memburuk.
- Foto – Cellapy
Penting untuk merawat dan menyembuhkan jerawat dengan secepat mungking untuk mengekalkan tekstur kulit, menguatkan penghalang kulit, dan untuk mencegahnya berulang pada masa akan datang.
Hilangkan jerawat dan menghidupkan semula kulit anda hari ini. Siri Cellapy Red Cica penyelamat untuk merawat untuk kulit sensitif, jerawat, berminyak.