Bukan wanita sahaja, lelaki juga mahupun kulit wajah yang bersih bebas cela dan berkilat bagaikan cermin. Tetapi untuk kecapinya, orang cakap kamu memerlukan modal yang banyak. Jangan silap, nak kulit cantik kamu tak perlukan itu semua. Memadai kamu tahu masalah dan jenis kulit, dan dapatkan produk yang betul-betul sesuai.
Ini Miss Murai nak beritahu kamu padanan produk ini mampu hasilkan kulit yang bersih, gebu bahkan juga berkilat ‘toink-toink’ yang ramai idamkan. Yang best, produk-produk ini sangat mampu milik dan boleh kamu dapatkan di farmasi sahaja.
Setiap malam buat empat rutin ini, esok pagi kamu bangun dengan kulit yang glowing.
Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser
Bersihkan kulit kamu setiap hari dengan pembersih gel yang lembut dan berkesan ini pada siang dan malam. Ia baik untuk menghilangkan kekotoran sambil menguatkan skin barrier kulit kamu. Bila kamu pakai, kulit akan terasa lembut, bersih tanpa sebarang kerengsaan.
Cosrx Propolis Synergy Toner
Apa kelebihan toner dengan ekstrak propolis ini? Ekstrak propolis kaya dengan vitamin B untuk menyuburkan cahaya yang sihat dan mengimbangi semula kulit yang kehilangan lembapan. Toner ini meresap jauh ke dalam kulit dengan meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kemerahan. Ia memberikan faedah anti-radang dan antibakteria, serta meningkatkan imuniti kulit dari persekitaran luar.
Cosrx Snail Mucin Essence
Produk magik dengan pati lendir siput yang luar biasa mampu menyerap ke dalam kulit untuk memberikan cahaya semula jadi, menenangkan kulit yang kemerahan, sensitif akibat jerawat dan menambah kelembapan.
Cosrx Snail Mucin All in One Cream
Diperkaya dengan 92% rembesan lendir siput, krim ini melakukan semuanya pada kulit kamu. Mampu menghidrat secara mendalam untuk menggebukan kulit dari dalam, meningkatkan keanjalan dan menenangkan kulit yang kemerahan dan sensitif akibat jerawat dengan menambah kelembapan penting. Ringkasnya, krim ini untuk kesan anti-penuaan, penjagaan jerawat dan pelembapan yang menenangkan.
Jadikan empat langkah mudah dan berkesan ini sebagai rutin setiap malam, nescaya kamu gembira bangun pada esok hari.