Wanista nak tanya, adakah kamu menggunakan conditioner selepas mencuci rambut?
Menambahkan conditioner dalam rutin penjagaan rambut kamu sebenarnya boleh membantu merawat rambut untuk sentiasa sihat, lembut dan shiny.
Tetapi percaya atau tidak, kebanyakan daripada kita sebenarnya sering melakukan kesalahan ini ketika menggunakan conditioner.
Kalau kamu nak tahu apakah, scroll dan baca sampai habis okay?
#1 Sapu Conditioner Guna Tangan
Kamu patut cuba trik ini, sapu conditioner di seluruh permukaan rambut menggunakan sikat yang bergigi jarang.
Perasan tak apabila kamu menyapu menggunakan tangan, ada sesetengah bahagian akan menjadi berkumpulnya conditioner dan ada bahagian yang tidak terkenanya.
Jadi menggunakan sikat ketika menyapu conditioner boleh meratakan conditioner pada permukaan rambut. Dan pada masa yang sama kamu boleh elakkan pengumpulan conditioner yang terlalu banyak pada sesetengah bahagian.
#2 Pakai Sekejap Sahaja Di Atas Rambut
Jika kamu memakai conditioner sama seperti memakai syampu, ianya tidak akan berhasil malah merosakkan lagi rambut kamu.
Untuk pengetahuan kamu, sekurang-kurangnya conditioner perlu dibiarkan selama 10 minit sehingga 30 minit.
Pastikan semasa kamu membiarkan conditioner di atas rambut, kamu menutupnya menggunakan topi mandi. Langkah ini menjadikan rambut kamu lebih terhidrat dan berkilau.
#3 Sapu Conditioner Selepas Mencuci Rambut
Kalau diikutkan dan kebiasaannya, conditioner dipakai selepas mencuci rambut, betul tak?
Tetapi pernahkah kamu menggunakannya sebelum mencuci rambut? Untuk pengetahuan kamu, menggunakan conditioner sebelum mencuci boleh membuatkan rambut kamu menjadi lebih melantun dan volume.
Lagipun sekiranya guna selepas syampu, rambut kamu akan mempunyai sisa conditioner dan ia boleh menyebabkan rambut hilang volume dan melekat pada kulit kepala.
#4 Selalu Letak Conditioner Pada Akar Rambut
Tak dinafikan ramai yang meletakkan conditioner pada akar rambut. Sebenarnya cara ini salah!
Letak atau sapu bermula dari akar rambut, conditioner boleh menyebabkan kulit kepala kamu menjadi lebih berminyak dan berlaku penumpukan yang dapat merengsakannya.
Jadi cara yang betul, mula dari hujung rambut kerana ia bahagian yang kering dan tertua. Mula dari hujung rambut dan sapu conditioner ke atas tetapi jangan sampai ke bahagian akar rambut mahupun kulit kepala.
#5 Salah Pakai Conditioner Untuk Jenis Rambut Kamu
Ramai yang tak pandai untuk sesuaikan conditioner dengan jenis rambut mereka. Sama ada berminyak, bercabang mahupun kering.
Jika kamu mempunyai rambut seperti rambut color-treated gunakan produk yang mempunyai rawatan untuk rambut berwarna.
Manakala untuk rambut nipis, gunakan conditioner jenis leave-in kerana ia akan membuatkan rambut kamu lebih lembap dan ringan.
#6 Guna Conditioner Terlalu Sikit Atau Terlalu Banyak
Kalau kamu nak tahu, penting untuk letak conditioner pada rambut dengan lebih kerap kerana rambut kamu mudah menjadi rapuh.
Tetapi bila gunakan conditioner jangan pula kamu pump terlalu banyak ataupun terlalu sikit. Ini kerana jika kuantiti conditioner yang banyak boleh menyebabkan rambut menjadi kontraproduktif.
Nak tahu berapa banyak kamu perlu guna bergantung kepada panjang dan tebal rambut kamu. Selepas ini, setiap kali mandi sahaja pastikan kamu tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Ingat, guna conditioner yang sesuai dengan rambut!
Selamat beramal ♥